Wednesday, 14 March 2012

AnDa! Itu Takd!r-Nya

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫

Kebahagiaan banyak bergantung kepada cara kita melihat kehidupan. Perspektif manusia mengenai pelbagai masalah, kejadian dan ujian hidup yang membantu mereka mencapai kebahagiaan. Kebahagiaan bukan milik mutlak individu tertentu sahaja, bahkan ia adalah milik semua orang yang mengimpikannya. Tidak kira kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, kita yang menentukan untuk bahagia.

Perteguhkan hubungan dan tunduklah kepada-Nya. Dalam masa yang sama, jangan abaikan hubungan kita sesama insan. Kita diciptakan secara bersama untuk berkongsi nikmat kehidupan. Dalam pada itu, di dalam apa jua tindakan dan amalan kita, pastikan ia dilakukan dengan keikhlasan kerana itu menjadi kunci ketenangan. Kita tidak akan mampu mengubah takdir-Nya, kerana di dalam kita merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Mudah-mudahan, kita akan dikurniakan anugerah kebahagiaan yang sebenar. InsyaAllah...

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫