Friday 3 May 2013

Tersakiti ? ♥


Saat Memori ketika bersama dia dulu datang menyerang kita secara tiba tiba . Dunia terasa berhenti dan air mata kita akan mengalir . Kenangan itu bagai pisau yang mampu menusuk terus ke dalam hati kita , mungkin esok mampu pulih , tapi bekas luka takkan pernah hilang . Setiap lagu , setiap suara lelaki , mengingatkan saya pada awak , waktu tu saya hanya mampu tersenyum dan mengalirkan air mata  :')

Walaupun dia banyak kali sakitkan hati kita , kalau boleh undurkan masa , kita tetap akan memilih untuk mencintai dia lagi sekali . Walau perasaan ni sakit , saya akan terus senyum depan awak . Supaya awak fikir saya happy tanpa awak & Saya harap awak pun menipu macam saya . Saya janji kalau awak berusaha dan fight dalam hubungan ni . Saya akan tetap stay. ♥  :'D

Kadang kita dah rasa dan yakin , ini relay kita yang terbaik dan berharap kekal sebab kita dah penat untuk bercinta lagi & penat nak move on . Tak kira apa saya sedang buat . Saya mesti lupa untuk cuba lupakan awak . Agaknya berapa banyak lagi kita harus disakiti dalam bercinta sebelum bertemu dengan jodoh kita yang sebenar ? Move on . Kenapa kali ini lebih susah dari sebelumnya ? Mungkin ke kita benar benar masih sayangkan dia walaupun dia sakitkan hati kita :'(

Yang masih mencari , teruskan usaha . Yang dah berpunya . Teruskan buat dia gembira , dan yang masih berharap kat crush tu . Goodluck :) Satu benda je , Kalau kita gaduh teruk macam mana pun . Kalau ada orang Tanya , cakap yang kita masih on relationship . Memang , menunggu itu penat . Tapi saya akan terus menunggu sebab bukan ke itu bermaksud saya spend time hidup saya ngan awak :')

Friday 5 April 2013

❝ La Tahzan Innallaha Maana ❞

 



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


I'm Back !
 
Semakin hari ku rasakan semakin manis perjalanan hidupku. Alhamdulillah, walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas.

Sungguh berdosa diri ini setelah cintai dia yang dulu, maka cinta dan rasa yang ada padaku sudah habis, hingga aku lupa untuk tinggalkan pada yang lain. Alhamdulilah, aku telah pulih dalam duka lama, kali ini kumbang yang lain sedang bersemai dalam naruniku ! Now, sedikit demi sedikit aku berubah demi hamba Allah yang setia bertahan demiku. ;)

❝Wahai hati, Don't be too sad. Allah pasti sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri. Allah Maha Mengetahui. Positive please !❞ Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan.
 
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T Maha Bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai. Berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat & keampunan Allah. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar. Dear you, I'm afraid to lose you. Even we are far, i try to make it short. Its really hard, but trust me love can make all thing we want. Couple jarak jauh best, tak selalu jumpa, kita boleh belajar macam mana sakitnya rindukan orang yang kita sayang, bila date mesti sweet ;)
 
" Ya Allah,sampaikanlah salam rinduku kepadanya sehingga aku menjadi kerinduannya" . Aamiin Ya Rabb ! #ToMyFuturePartner I know that Allah has a plan. I'll guard my heart every second of everyday until Allah allows us to meet. See you soon :D

Friday 22 March 2013

Segalanya Bemula Di Sini ! ツ

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
 
Suatu hari nanti kau akan mula belajar nak melupakan dan melepaskan !

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja. 

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkari ukhuwwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datang pada diri saya sendiri.
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata iaitu Ukhuwah. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwwah yang didasari kerana Allah akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu ! Yakin dengan janji Allah, Redha dengan ketentuan Allah. Semoga sentiasa mendapat Redha Allah :') Ketahuilah awak , hati saya sudah dimilikinya. Doakan kami ! Sesungguhnya aku hanya mencintai Firdaus !

Friday 15 March 2013

Moga Dia Jodoh-Qu ! ♥

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
 
Kini, aku adalah manusia egois yang mahal air mata ! Pergi sini tapi jangan jatuh hati !
 
Assalamualaikum : Firstly, back to the storey, lappy jatuh ke tangan aku. . Yeay ! Hehe ! Lama tak update blog. . Maklum la sibuk bekerja :O So, online dan online dan online. Facebook dan Facebook dan Facebook. Twitter dan Twitter dan Twitter. Youtube dan Youtube dan Youtube. Tetibe terus aku ter-stuck dekat blog kesayangan aku nim. .
 
Bak kata orang , yang patah tumbuh , yang hilang berganti . Tapi yang aku ni tak berganti ganti . Apahal ? Haha ! Ehh. . dah ade penganti la. . Saje kasi saspen cikit ! Alhamdulilah , it has been two months already. . Kan Sayang ? Pertahankan dia yang bertahan untukmu. . Lepaskan dia yang tidak pernah menghargaimu. . Hidup ini punya Pilihan ! Pilihan aku bersama Dia !
 
 
Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya :')
 
Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatkan dirimu merasa sedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, ianya tidak akan terulang kembali.  Tatkala ‘Dia’ berjauhan dari kita, Lepaskanlah dia dalam jagaan Allah. Yakinlah sepenuh hati dengan perlindungan-Nya, Tanpa sebarang syak wasangka. InsyaAllah, Segalanya akan baik.  Semoga Allah sentiasa menjaga Dirimu di sana Sayang ! Thank you for staying and thank you for trying to stay. Really Appreciated !
 
* * * " Wahai GPS hati kesanlah di mana dia pencuri tulang rusuk ini, aku masih menanti, menunggu dengan setia, jejaka yang tertulis untukku ^_^ Istikharah lagi moga tidak tersalah beri hati, mungkin yang kau tunggu belum pasti, dan mungkin yang menunggumu sudah benar terpatri mencintaimu dalam hati. Nak tahu kenapa saya selalu cakap atau cerita tentang awak sebab saya rindu awak sangat - sangat tau . Saya nak awak sentiasa tahu saya  rindu awak. Moga Firdaus adalah pemilik tulang rusuk aku yang aku nantikan  :') 
 
Pen merah. Pen biru. You marah. I doa untuk you. Senyum ! This week, asyik gaduh je. Sedih ! Tapi dia banyak bersabar tatkala aku menguji kesabarannya. . Bila orang marah tu kadang kadang sebab kita jugak. Bukan dia suka suka je nak marah kita ! Ya Allah, ujianMu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui.

Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku tuliskan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri. Sometimes I wonder if I lost someone else’s existence !
 
Wahai hati, janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung 'ombak cabaran'. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Saya tidak akan berhenti sayangkan awak sampai Allah mengizinkan-Nya kerana saya betul - betul perlukan awak. Hmmm :') Now there is no path for me to return ! Saya tak nak kehilangan awak. Saya tak nak kehilangan awak. Saya memang tak nak kehilangan awak sampai bila - bila Sayang

Monday 4 March 2013

'Wa'fuannii' - Maafkan Aku ! ❤


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah masih lagi bernafas pada pagi Isnin bersamaan 21 RabiulAkhir 1434H. Bersyukur pada Allah Yang Maha Esa !

Menyusun nota bertingkat , menaip seberapa pantas susunan ayat , mencorak rindu di atas angin , sambil berharap sampai ke markas cinta nun jauh di sana , apa khabar wahai dirimu tuan empunya , satu masa nanti kita akan bertemu dengan apa jua cara ☺* *walau tak bisa di dunia di syurga pasti , InsyaAllah. . Lama tak menulis bait-bait kata , merencana arka perasaan , berinteraksi dengan getar hati sambil memuja-memuji nama Allah.


: Badmood . Badmood . Badmood . Badmood . And badmood :'{


Hati dalam kesakitan tapi bibir masih mampu mengukir 'SENYUMAN' ! Itulah kemanisan bagi mereka yang mampu bersabar atas dasar 'IMAN' ! Diam bukan tanda benci tetapi mengumpul kemaafan di hati , Hilang bukan melarikan diri tetapi mengutip kekuatan untuk bertemu lagi. Tadah tangan : " Ya Allah , andai dia jodohku , jangan pernah kurangkan rasa sayang aku padanya. Sesungguhnya aku amat menyayanginya. AMEEN."

Memang awak bukan lelaki pertama yang menyentuh hatiku , namun awak juga bukan yang pertama menjadi teraju dalam carta hati , hari berganti hari masa melabuh tirainya , saya masih menunggu , menunggu penuh setia , tapi awak harus tahu , yang saya tidak memaksa awak menjengah hati saya wahai jejaka perhatianku.

Bukan semua perkara mampu dilafaz dengan kata-kata sebab itu saya hanya berdiam dan senyum sahaja , biar nukilan hati menjadi cara pemahaman yang sempurna :) Jodoh itu bagaikan pintu. Si gadis menunggu di sebalik pintu manakala si jejaka mencari gadisnya dari pintu ke pintu. Pintu si gadis mungkin dekat saja tapi si jejaka terlepas pandang dan meneruskan perjalanannya. Hopefully , awak akan sedar dan hargai kehadiran saya :'}

Saya cuma mencari muara hati saya , saya ke hilir tasik jiwa saya , lalu ditengahnya ada ombak rindu menghempas pantai perasaan saya , bahasa berbunga saya buat dia bukan orang lain , izinkan saya mencari kiblat hati saya , dan saya harap awaklah orangnya

* *** * Satu masa nanti walau tiada raga ketika merindu , cukuplah doa melihat dirinya berubah , walau kala itu hanya bayang-bayang saya menjadi wakil perasaan kerana ketika itu saya tiada lagi di dunia ini. Jika saya menulis perihal hati , akan tersentuh perihal budi , andai ada yang terpana membacanya ketahuilah insan yang menulis adalah seorang gadis biasa.
 
Semua kelemahan & kecacatan diri sy adalah ujian Allah pada sy :)
 
Awak fokus dengan study dan saya dengan kehidupan kerja baru saya. Walau getar hati menanti akan satu nada yang sama , saya masih menunggu akan rima dan intonasinya seiring bermain di tepi bibir awak , saat itu biar lidah tanpa kelu lagi , dengan lafaz sakinah , "Aku terima nikahnya", InsyaAllah , saya masih menunggu awak di batasan waktu.

Memang ramai jejaka kacak di luar sana tapi semua hanya kacak di pandangan mata , memang awak juga kacak di pandangan mata tapi awak tetap "limited edition" dalam hati saya , tapi bukan rupa awak yang menyentuh hati saya , tapi pengertian awak tentang kehidupan saya dan tanggungjawab saya yang saya ambil kira , kata mak " jangan pilih kerana suka sahaja" tapi pilih kerana dia tahu keadaan kita dan terima seadanya.

Boleh bawa saya jalan keluar dari rasa gundah ini? Saya akan senantiasa ada untuk awak. . Percayalah ! Selalu bila buka sahaja laman muka buku akan kelihatan pelbagai ragam manusia Tiap kali membaca terkadang tersenyum melihat karenah mereka , pada saya tidak salah berkongsi rasa , pengalaman yang ada moga-moga menjadi iktibar buat kita semua.

Mak selalu cakap *"kita akan cepat melupakan kalau satu benda tu betul betul buat kita sakit hati"* pepatah mak kononnya ! Hehe. . Sekali saya dah pergi , mustahil saya akan kembali untuk awak. Tapi sebenarnya benda ni semua buat kita kuat walaupun kita rasa kita tak. . Huh !

Wednesday 27 February 2013

Hamparan Perasaan ;)


Selamat tengahari

I have memories that I want to forget. "I only cry for the ones I really care about."
Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati

Assalamualaikum : Lama tak update blog , rindu plak. . Tetibe tangan ni gatal nak bermanja kat cini. . Haha * Lelaki kena rajin pergi Masjid , then perempuan kena rajin pegi dapur tau ! Hehe. . *Jemput makan kuey teow goreng pedas chilli on top* ErrkSs ! AummM ! ☺ Pedas wess terasa nak boxing orang. . Huhu -.-" So. . start menaip 1 , 2 , 3 Chak ! *Coretan Iman Inside*

Aku bukannya gadis yang baik tapi mari sini aku berkongsi sesuatu yang baik. . Apa dia? Islam Agamaku :') Aku mengaku iman aku bukanlah tetap. . Aku mengaku amalku sekejap baik sekejap tidak. . Saya respect pada Hati saya. . Pernah terluka , pernah dimainkan , tapi Hati tetap teguh berpegang pada Allah. . Alhamdulilah ! Semoga Allah tetapkan imanku :')

Saya jarang dapat apa yang saya nak dan inginkan tapi saya yakin yang saya akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan saya , semuanya harus berusaha , InsyaAllah , biar Allah nampak segala keringat yang ada mewakilkan perasaan yang selalu bergelora. . Ada masa kita memang lupa nak bersyukur. . Bila kita tengok orang yang lagi susah daripada kita , baru kita sedar yang hidup kita ni beruntung ♥ ♥

Belajar dari bawah bertatih memanjat tangga kejayaan , seronok menghargai rasa susah , hidup susah dan hasil usaha yang kita dapat akan lebih kita hargai kerna semua itu hasil titik peluh kita , berbeza daripada mereka yang buka sahaja mata punya segalanya ^_^ mereka tidak tahu betapa bernilainya keringat sebelum mendapatkan sesuatu maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. . SubhanaAllah !

Masa muda jangan guna untuk melepak dan berhiburan sahaja cubalah fikir akan masa mendatang , tak kan masih ditakuk lama? Tak mahu ke berkeluarga? Rancanglah masa hadapan anda jangan terngadah di kemudian hari ^_^ Note to myself too ! Hehe InsyaAllah target saya 5 , 6 tahun lagi , target masa hadapan saya , Allah bantu aku untuk niat suci ini , tak sanggup lihat pesona dunia lama-lama sangat bersusun dosa banyaknya ^_^ lepas dah miliki semuanya dan selepas itu akan sempurna hidup saya , kumpul harta dan duit dari sekarang. . InsyaAllah

Alhamdulillah for all Allah has given me. . Astaghfirullah for all that I've taken for granted. . And Insyallah for all the hopes I have of things to come !

Memang susah nak lupa kan orang yang kita pernah sayang dulu :'/ sebab dia pernah buat kita happy and banyak kenangan bersama dia ? .Kita sedih sebenarnya nak tinggalkan sesiapa pun. . Tapi , ada yang minta untuk ditinggalkan. . Ada yang minta untuk kita melupakan. . Terpaksalah :') Rindu Mirul. . Pain , Pain Go away. . Come Again another day :') Huh ! Hope dia selalu dalam redha-Mu. . Bila someone yang kau ingat dia dah tak anggap kau sebagai kawan dia lagi dan tiba-tiba dia tegur kau. . Oh come back to me please !

Fir , saya nak bimbing awak , walaupun sekarang jauh dari awak , saya tetap nak dekatkan awak dengan Allah. . Selalu solat then tak tinggalkan Al-Quran. . Mulanya , memang saya takut terlalu memaksa awak , tapi bila fikir balik seharusnya saya jangan persoalkan "Jadi or Tidak" "Berjaya or Tidak" "Berhasil or Tidak" Yang penting "BUAT" dulu kerana di sana nanti Allah akan tanya kamu "BUAT or TIDAK" Now , awak dengan saya , dah tangungjawab saya selalu ingatkan awak tentang ibadat ☺

Setia saya pada awak. . Sampai Allah mengizinkannya ! Saya tak pandai nak game orang. . Bila saya sayang , susah saya nak lepaskan ! Percayalah. . Btw , sometimes orang lain hari hari jumpa dengan orang yang kita nak sangat jumpa dan belum pernah jumpa. . Distance sucks when you started to miss someone. . UpsS ! :O Sometimes like friends , sometimes like lovers , sometimes like strangers. . I won’t forget this moment . Because I'm a person who wants you :)

Kalau kita nak dia dapat yang lebih baik daripada kita , tak semestinya kita suruh dia cari lain. . Kita sendiri boleh jadi yang lebih baik. . InsyaAllah ! Saya akui saya tiada rupa , saya akui saya tiada harta , tapi saya setia , setia mendoakannya dan selalu suka melihat dirinya bahagia walau bukan dengan saya dan saya tidak akan penat menunggunya :) Saya bukan seorang gadis yang sangat memilih , bukan juga meletakkan piawaian untuk mencuri hatiku namun saya perlukan seseorang yang tahu tangungjawab saya terhadap keluarga ;)

Saya bila rindu dia mesti saya termenung :P Saya ingat dia ada kat sebelah saya ? Rupa rupanye ? Dia hanya la bayangan saja :') iloveyou :* Dear future , andai kata awak milik saya. Dengan lafaz 'Bismillah' saya akan terima awak. Dengan izin Allah saya akan terima baik buruk awak. Setiap malam sebelum kita tidur , saya akan bacakan Al-Fatihah , 3 Qul , tiup di ubun ubun kepala awak dengan niat : Awak Milik Saya Dunia dan Akhirat. AMEEN !

Friday 15 February 2013

Coretan Jumaat :)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

What a wonderful Friday! It is raining. . The weather is so cold. . Happy Friday everyone! Have a nice day. . May Allah bless us :-)

Orang kata ILOVEYOU. . Kita balas: "Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah" Semoga Allah mencintaimu & Dialah membuat engkau mencintaiku kerana-Nya" Rindu awak itu hobi saya , Caring pasal awak itu kerja saya , buat awak happy itu tugas saya dan mencintai awak itulah hidup saya Saya rindu awak sangat - sangat. . Tak rindu saya ? Peduli apa , yang saya tahu saya rindu awak. . Hihi :P

Bila pertama kali saya mula mengenali awak , secara jujurnya tak pernah saya terfikir yang awak akan jadi begitu penting bagi saya :') Hehe. . syukran sudi jadi sahabat. . then kekasih saya. . Senyuman awak macam  , mata awak macam ☾, suara awak merdu macam ♬♪♫, bila saya teringatkan awak saya rasa berada di ☁, di situ terbentuknya

Perfect bukan bermakna ketika kita bersama dia. . Tapi bila awak dan dia saling melengkapi ketika berjauhan =) You just the best & sweet thing ever happen in my life Kalau ada orang tanya saya nak dengan siapa ? Jawapan mudah " Saya nak bersama dengan seseorang yang faham bahawa saya tak perfect " :)

Berubah tak perlu laju laju. . Perlahan-lahan sudah. . Istiqamah memang payah , tapi jangan cepat putus asa yew sayang. . Come on! Allah bersama kita :) Sayang tau tak. . Jika kita dah khatam Al- Quran , malaikat akan mencium kening kita. . SubhanAllah , malaikat pernah cium kening kita :')

Remember Me , I will remember you (Al-Baqarah;152) Allah sengaja bagi kita rasa sunyi walaupun ada insan yang menyayangi kita di sekililing sebab Allah nak kita Mengadu dan Sujud kepada-Nya :')

". .Saat kamu bersendirian berjalan menempuhi onak duri kehidupan, akan hadir 'seseorang' yang akan memimpin tanganmu.. memberi semangat dan bergerak bersama-sama manggapai impian dan harapan. ." :')

#akan tiba saat itu ^_^ ♥ ♥


Jangan bercinta kerana nafsu kerana ianya palsu. . Jangan bercinta kerana nikmat kerana ianya maksiat. . Bercintalah kerana ianya bersyariat. . Kita bercinta saling mengingati kerana Allah :') Sempurna bakal imamku , sempurnalah keluargaku satu hari nanti. . Rosak imamku , rosaklah keluargaku satu hari nanti. . Moga dijauhkan. . Nauzubillah :'(

#tick tock tick tock , 3 hours more . I'm waiting for something

Saya tak sempurna , banyak kekurangan :)

Wahai bakal zauj :') Untuk awak yang bakal bimbing kami ke Jannah :')

Buat cintaku yang bakal mengimamkan solatku ,

Yang bakal membimbingku ke jalan Mustaqim , yang bakal menjadi ayah kepada anak-anakku dan membimbing mereka ke arah kesejahteraan agama suci Allah dan Muhammad SAW
Sesungguhnya saya menantimu dengan penuh kesabaran dan sesungguhnya saya mencintaimu seadanya kamu kerana Allah telah menemukan kita dalam satu pertemuan yang mulia iaitu di bumi Allah ini. . Saya harap kamu juga dapat menerima kekuranganku dan kelebihanku serta apa adanya saya kerana Allah Taala :'}

Dear bakal Imam-Qu. Ketahuilah. . Saya nak awak jadi milik saya sekarang. Esok. Minggu depan. Bulan depan. Tahun depan dan sampai hujung nyawa saya sayang

Take a Note We wish, We pray , but Allah decides !!