Monday, 10 September 2012

Warkah buat Sahabat




..Bismillahirahmanirahim..


Maaf sahabat andai warkah ini bakal membuatkan kau sakit hati denganku, bukan niatku namun aku kecewa dengan sandaran yg hanya sementara, fikirlah sahabat.. aku jua banyak khilafnya, sukar jua untuk istiqamah namun, aku selalu berdoa padan-Nya agar aku bisa istiqamah biarpun aku perlu bertatih untuk mengapai tahap istiqamah itu..
 
 
 
Setelah apa yang terjadi, setelah segalanya Allah tentukan bahawasanya  tiada lagi cinta manusia buat aku buat masa ini..

Membuatkan aku tersenyum, mungkin belajar meniti erti redha itu sendiri.. Mengapa aku tersenyum?? kerana yakin & percaya akan janji-Nya Xpernah goyah.. Dan aku kini lebih memikirkan perihal sahabat yg sedang berteman.. Tampak bahagia sekali tapi adakah kebahagiaan itu yg aku mahu..?? 
 
Insan mana yg Xingin bertemankan seorang lelaki.. Namun bukan sekadar teman, tapi sebagai imam , sebagai nakhoda yang benar2 bersedia untuk mengetuai bahtera yang akan dibina..

Aku sebenarnya khuatir,

Apakah cinta yang sahabat ku miliki kini mampu membahagiakan mereka hingga ke akhirnya?
Sahabat, apakah kau lupa pada satu kata "no couple before akad" Atau sandaran itu hanyalah pegangan sementara buatmu.. Sungguh tika insan lain sedang melihat aku menangis kerana cinta..Bukan kerana cinta itu menyakitkan aku.. tapi Cinta itu sedang membuatkan mu terlena dengan bahagia yg belum tentu untuk mu..

Aku menangis keranamu sahabat, Aku takut engkau terhanyut.. Bukan niat aku mendoakan keburukan.. namun pasti lebih indah jika Engkau benar hayati erti “no couple before akad” Bukan untuk menyiksa hatimu tapi.. Melatihmu untuk bersabar buat bahagia hingga keakhir-Nya.. Apakah kau lupa dengan janji janjiNya?
 
Lupa kerana bahagia yang terlihat indah sekarang.. Aku bukanlah insan sebaik insan.. Yang mampu & punya kekuatan untuk menegurmu..Aku jua sedang memperbaiki diri & menjaga hati..

Ya Allah beri aku kekuatan untuk menegur jika teguran itu baik  untuknya jua untukku.. Atau Engkau punya cara Mu tersendiri buat menyedarkannya.. Sesungguhnya aku Xpunya kekuatan itu.. Aku lemah... aku serba kekurangan.. Pesan ku sering tak seiring langkahku..

Tegurlah dia ngan kasih sayangmu ya Ilahi..
Kerana aku bukanlah sempurna dan tidak akan pernah sempurna sahabatku..
 
Actually, perempuan mengharapkan lelaki yang tidak dikenali dtg melamarnya/merisik direct melalui parents.. kerana itu lebih indah.. kan Hawa :)
 
Nota Hati: jika ia mampu menjaga hati ini aku lebih memilih sebegitu , aku berserah pada-Nya ♥

No comments:

Post a Comment