* ASsAlaMuaLaIkUM *
Ku renung pada langit yang kebiruan.. SubhanaAllah.. Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan ngn penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal dari setitis air mani yang hina.
Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga Xterhitung olehku. Aku alpa Ya Allah.. Aku lupa bahawa aku hanya insan yang lemah, yang hanyut pada godaan. Hingga saat ini, aku menyesal pernah menyerahkan hati ini kepada insan yang X sepatutnya hamba cintai, aku rela korbankan prinsipku.. Ya Muhaimin. Tanpa sebarang kekuatan, jika Engkau tiada untuk membantu apalah dayaku. Namun, sering kali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala & dosa.
Ya Allah, aku merasa beratnya menanggung beban ini. Sepatutnya aku menjadi pendorong dalam meneruskan dakwah Islam, namun aku sendiri lalai. Aku malu Ya Allah, malu pada-Mu, malu pada semua yang memandang tinggi padaku.
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan & terus istiqamah. Bantulah aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Islam. Bantulah aku Ya Rahman.. Mungkinkah satu hari nanti, ngn kasih sayangmu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat & kasihan belasmu, aku dapat melaksanakan tanggungjawabku kepada-Mu? Mungkinkah.. sedangkan aku selalu membelakangkan-Mu?
![]() |
Jika dia tak perlukan lagi aku dalam hidupnya, Kuatkan aku untuk terus berdoa buatnya, |
Wahai sahabat..
Apakah kau masih alpa ngn diri ini jua? Berubahlah, kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku ini kelak terjadi pada dirimu. Gunakanlah peluang & kesempatan yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Illahi.
Ya Allah, ampunkanlah aku.. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini & terima kasih Ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku ini telah mengingatkan diriku, betapa kerdilnya diri ini.
Untuk diriku & dirimu jua, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri" Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku & terus istiqamah di jalan dakwah yang Engkau redhai. Aku ingin membawamu bersamaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah. Doakan saya wahai sahabat? Ana Uhibuki Fillah
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment