Monday, 31 December 2012

Kau TersenyuM? Aku :')



♥ Memulakan kalam dengan Bismillah ♥

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. .tetapi jangan jadikan kesilapan itu punca hati kita lari dari landasan Agama Allah (: Kadang kadang lebih baik berdiam diri daripada luahkan, pendam memang sakit, tapi kadang kadang bila kita bersuara. Keadaan makin buruk. Rite?

Bila ingat dia mesti airmata kita mengalir, sbb apa? sbb dulu dia janji taknak tinggal kita, tapi sekarang dia dah happy dgn orang lain :') Tadi, stalk fb dia, tengok dia tersenyum bersama insan laen, makin buat aku sedar. . Dia mampu tersenyum setelah pew yang berlaku sedangkan aku. . Hatiku kecewa, menangis ag *benda yang lepas jangan dikenang* huh! Itulah katanya. . P'puan memang mudah memaafkan tapi untuk melupakan amat sukar sekali. . Bukan semudah itu akan ku lupakan segalanya, biarlah aku memendam rasa sowg diri. .

Allahurabbi, memang ditiap-tiap hari adalah ujian, tak kira besar atau kecil ujian. Tapi Allah ukur dengan kesabaran kita melalui ujian -ujian tersebut. Setip yang dicoret sebenarnya ada kaitan dengan aku, keluarga & insan yang disayangi. . Hanya yang pernah mendekati diriku akan mengetahui liku kehidupan yang pernah aku lalui. . Luaran memang nampak aku insan yang bahagia, hepi go lucky katakan, but dalaman hati memang selembut kapas. .

Bukan mengeluh atau meraih simpati tapi aku ingin ambil sesuatu di sebalik semua yang berlaku dalam hidup kita tak kira besar atau kecil sesuatu perkara itu. Sebenarnya tangan dan tubuh ini tak cukup kuat nak menaip dan jika diikutkan hati malas namun rasa ingin berkongsi lebih dari segalanya. Menulis itu jiwa aku. Mengungkap segala yang terpendam tanpa perlu berkongsi perihal kisahku pada insan laen. .

InsyaAllah

Masa tidak boleh diundur,simpanlah kenangan terindah,sematkan ia di hati. . Jadikanlah yang pahit sebagai satu pedoman hidup di masa akn datang. . Aku ingin melangkah dengan tabah. . namun, setiap kali aku cuba melupakan, makin kuat ingatanku terhadapnya. . Saban malam, aku berdoa supaya Allah menghilangkan kekecewaan di hati. . Setiap masa , setiap saat , setiap detik bersama awak tak pernah sekali pun saya menyesal mencintai awak :') Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu  

HACKS ♥  Kau hadir tanpa aku sedari, mengisi kekosongan hati, kini kau pergi tinggalkanku. . Npe kau lepaskan tanganku setelah hatiku kau tawan, di saat aku merasai pew maksud sebenar cinta. .  Hanya doa yg ku kirimkan bersama sebuah harapan semoga kau kan taw jua kaulah erti cinta sebenarnya buatku. .

Friday, 14 December 2012

Sekali Lagi. . Dia Sakiti-Qu :'(



Hari ni hari Jumaat 1/2/34 Hijrah:
 
Dua hati yang telah sebati memang susah dipisahkan but jika ia memudaratkan akhirnya terpaksa dibuang juga .. that's right? :) Hurmmmm.. dari semalam banyak air mata yang dikeluarkan.. Nak cakap happy of course la sebab sekarang coz dah abes exam & bebas nak wat pew yang saya suka.

Semalam Anna deactive acc facebook.. Ada sebab Anna wat camtu. Bukan disebabkan dia tapi ada seorang hamba Allah nampak sangat nak uji hati saya ni. Bukan nak lari tapi saya tak sanggup hadapi dirinya, serik, and takut.. Anna pernah sakit coz dye.. and semalam terbukti Anna tak tahan sangat fikirkan kami yang asyik gaduh.. Menangis! Itu jew la yang saya taw untuk kurangkan bebanan di hati.. Sampai sesak nafas, terpaksa la dikejarkan ke hospital.. Alhamdulilah, keadaan diri tak siyes juz doctor pesan jangan terlalu banyak fikir takut akan alami kemurungan nanti.

"Ya Allah, hilangkan kesedihan aku terhadap dia yang tidak menghargai kewujudanku" Mybe dia malu dengan kehadiran aku, tak anggap aku sbg adiknya..

Tinggal kat sini, banyak ajar saya erti sebenar kehidupan, kuliah agama penuh bermanfaat.. Lebih mendekatkan diri pada Illahi namun stil tak ready untuk berdepan dengan masalah.. Susah nak percayakan orang sekeliling and kerana itu juga saya tak ingin terlalu berkongsi perihal kehidupan and masalah yang dilanda.. Tapi percayalah saya tak pernah membenci Dia, saya rasa sesakit manapun terhadap Dia.. Paling tak pun lau saya tak tahan sangat saya akan menangis! Saya rasa apa yang berlaku ni bawak saya dekat dengan-Nya..

". .Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . .

Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . .

Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat . .

Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri. .

Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . ."

". . Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .

Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .

Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu & mengurangkan kekecewaan untuk kehilangan dirinya. ."

Saya mungkin sedih kerna Dia tapi kalau Allah buat saya camtu mungkin saya lagi sedih.



" . .bila saya akan bahagia?

p/s : If someone tu tak boleh buat kau happy , so jangan biarkan dia buat kau terus sedih . Then, kalau kau betul betul ambil berat kt seseorg , even dia buat kau marah mcm mana sekalipun , perasaan ambil berat tu tak akn pernah berubah . . hopefully Dia camtu :(

Monday, 10 December 2012

Kasih Tak Bertepi. . Pilihan Diriku?

 

♥ Memulakan kalam dengan Bismillah ♥


Ya Allah, diri ini terasa lemah tak bermaya menghadapi ujianMu, maafkan kekhilafan hamba Ya Allah., Aku mengalah dengan ujian,

Menangis, menangisnya aku bukan menyesali takdir yang tersurat tapi hati ini terlalu sebak saat berbicara tentang mak & abah ku. Aku terlalu sayang mereka. Duhai sahabat, andai kau tahu betapa bersalahnya aku saat aku mengetahui bahawa aku bakal menyusahkan mereka yang aku sayang, ya kamu takkan tahu sahabat! Kamu tak berada ditempatku. Kerana aku terlalu sayangkan mereka aku rahsiakan masalah ini tanpa berkongsi. Hanya abang yang pernah aku luahkan masalah ni! Tapi sampai bila kebergantunganku terhadap dia.

 
Ini lah ujian sahabat, pada asalnya aku tidak perlu bimbang akan masalah aku, tapi sememangnya aku insan yang dipilihNya. Penuh dugaan, penuh halangan, sampai satu saat aku berputus asa, menitiskan air mata! Semalam satu malam air mata mengalir tanpa bisa aku hentikannya!

Airmata takkan berikan kita jawapan tapi ia mampu mengurangkan beban di hati..

 
Saat aku cuba memejam mata, perasaan itu datang wajahnya datang , oh abah, mak bersalahnya aku padamu, aku keliru..

 
Saat masalah, ujian Allah datang bertimpa saya rindukan kata2 yang dapat memberi aku semangat..

 
"..Ya Allah tika saat ini aku merinduinya..Ampuni aku ya Allah.. Moga kau pelihara segala rasa ini .. Hanya mampu berdoa agar Kau lindungi aku dari hasutan syaitan laknatullah! Jika dulu aku bisa berkongsi masalahku pada dirinya, namun kini aku tak seharusnya muncul dalam kehidupan barunya.. :(

 
Dan saat tu saya hanya mampu doa.. Ya Allah aku tak minta dikurangkan ujian yang Kau beri padaku cukuplah Kau hulurkan kekuatan padaku sekali lagi.."

         Awak Istimewa? Sbb tu Awak dipilih-Nya

Tapi sekarang aku sedar sebenarnya kata2 dia dulu tu buka mata aku untuk berusaha lebih kuat, jadi lebih cekal... Student life :) harapan ibu bapa & redha Allah menjadi sandaran utama kini. Yang penting sekarang saya fucos untuk last paper for final exam. Saya takkan hampakan harapan mak abah saya.. 12/12 penentu segalanya.. Apakah yang akan aku harungi lagi?

 
Ya Allah, kadang-kadang aku kecewa Ya Allah. Aku ini lemah, Ya Allah..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." - (Surah Ali-Imran : 139)

Sunday, 9 December 2012

Npew XCari Pegganti? He3




:Bismillah kalam indah pemula bicara:


Setiap air mata yg menitis sbnrnya me-renew iman sedikit demi sedikit. Meluntur kecewa pedih dlm hati. Kuatkan kembali hati yg luka & lemah..

Sometimes kita lebih suka bersendirian daripada kita terus sakit hati dan terasa dengan apa yang orang cakap kat kita and sometimes ugak kau rasa terabai bila kau cuba nak buat orang lain happy , tapi dia tak pernah nak hargai and tak pernah layan kau dgn baik. .

ada benda boleh kita share dgn orang , ada benda kita kena simpan. . lagi lagi kalau benda tu melibatkan relationship kita dgn seseorang

ada benda yg selalu bermain kat fikiran kita bila benda tu benda penting buat kita , tapi itulah yg selalu buat kita susah nak move on maybe tidak salah rasanya sekali sekala memendam rasa. . mengagumi dalam diam, merindu tanpa suara. . Sekadar menjadi pendoamu yang setia dari jauh. .

 

 
(yang sebelah lagi tu belum masanya nak muncul kat sini)
 

"Kenapa Saya Tak Couple LAGI", agaknya kenapa?

Saya bukan sebaik-baik wanita yang tiada terpalit langsung dosa. Pernah khilaf. Pernah sakit hati. Pernah membenci. Namun itulah ujian ALLAH, ia merubah saya kepada saya yang sekarang.

Bukan saya tak pernah kenal lelaki, tak pernah kawan dengan lelaki. Cuma karakter KALIS LELAKI ini bermula sejak saya di sekolah menengah. Di sana dia insan bernama lelaki selain guru. Dunia saya ketika itu hanya guru & keluarga. 5tahun dah cukup lama untuk buat saya dingin sedinginnya dengan lelaki. Ada hikmahnya hati saya terjaga ketika itu.

Alam Pra Universiti , mengubah segalanya, Dan bermulalah episod ujian hati. Berkenalan dengan lelaki bukan saya yang biasa untuk saya apatah lagi bercakap dengan mereka mahupun bertemu.

Saya akui juga saya juga PERNAH ada kenalan lelaki, dan disitu saya sedar sukarnya untuk menjaga hati. Terutamanya pihak saya , perempuan. Perempuan bila lelaki seolah bagi dia harapan , dia akan berharap lebih lagi. Dia diam sebab dia masih ada secebis malu, dan jangan terlalu mudah melafazkan kata-kata yang mampu membuatkan kami wanita ini berharap.

Jujur pernah rasa sakit berharap, namun hikmah disebalik semua tu benar-benar mengubah hidup saya, semakin dekat, semakin faham hakikat hidup, dan semakin mengerti setiap ujian tanda kasih Allah .

KENAPA SAYA TAK COUPLE LAGI :

1. SAYA TAK CUKUP KUAT UNTUK JAGA HATI

2. SAYA TAK NAK SAKITKAN HATI IMAM SAYA NANTI

3. SAYA TAKUT ZINA HATI DAN ZINA

4. BENCI ITU BOLEH MEMBUATKAN HATI KITA SURAM DAN GELAP

5. MUNGKIN CINTA BOLEH MELALAIKAN KITA

6. AIR MATA HANYA UNTUK YANG BERHAK SAHAJA.

7. SAYA RASA CINTA SAYA PADA ALLAH , MAK AYAH BELUM CUKUP KUAT.

8. CINTA SELEPAS KAWIN JADI PILIHAN SEBENARNYA.

 

So, Couple is not my choice rite now, "KENALAN" itu sudah bersemadi dalam lipatan buku lama. Saya kini kembali denga title "KALIS LELAKI". Sampai bila? Sampai satu saat ALLAH ketemukan saya PELURU yang mampu menebusi dinding hati saya. IMAM

Tuesday, 4 December 2012

Dari Hati Seorang HaWa :)



    "ASsalaMualaikuM"


Terasa sudah lama tidak menaip di laman ini, masalah , ujian Alhamdulillah telah dilalui dengan penuh ketabahan walau banyak air mata yang mengalir..namun , stil adew ag yg lom settle.. Ingatkan 'Kalaulah Dia Taw' adewlah last post.. tapi kt cni la tempat Anna luahkan pew yg terbuku.. xdew tempat nk share.. sahabat? Feel uneasy nk luah.. abg? Anna dh jauh dr dye..

Allah.. Allah.. Allah.. Allah..  teringin sekali mencatat sesuatu di ruang sepi ini. Terbungkam hati ini , duka di hati hanya Allah yang tahu , namun ku tahu tiada duka yang abadi di dunia ini. Kejujuran membawa kepada kemurungan pada sebuah ikatan persahabatan. Allah bagaimana harus ku lalui liku hidup ini..

Pepatah Arab ada menyebut, “ Berkata benarlah walaupun pahit” benar memang pahit kerana itu yang saya rasa sekarang.. tapi maaf saya ingin menjauhi dari kehidupan kamu, biarlah asalkan kamu tak jauh dari Tuhanmu.. dari sahabat & orang yang sayangkan kamu.. Congrats! Saya nampak awak bahagia ngn si dia.. I feel like an idiot for missing you. , maybe..? tak kisah kau nak ambil tahu pasal orang tu ataupun tak , yang penting kau tak kacau hidup dia and  dia tak perlukan perhatian kau pun.. hopefully laa kan..
 
Kalau orang makin jauhkan diri dari kau , tanya diri sendiri kenapa , bukan terus memaksa orang tu bagi jawapan dia kat kau and kalau memang benda tu dah memang ditetapkan untuk kita , even kita cuba elak , even kita cuba benci , benda tu akan tetap kita terima juga , bukan semua benda dah lepas tu kita boleh lupakan macam tu je , ada benda yang kita susah nak lupakan even macam mana sekalipun kita cuba lupakan.. kadang kadang kau je yang sibuk nak mencari salah orang , tapi yang sedihnya orang tu sikit pun tak pernah nak ambil tahu pasal kau..
 
 Xsabar rasenyew nk abes exam.. nk taw npew.. that's why coz tentang naluri ku , naluri keibuan. *ehem*.*ehem*. Tak mestinya orang yang dah nikah saja ada naluri ini.. Bila tengok baby nak pegang nak cium nak dukung. Even tengok je pun dah geram , bila jumpa tak tahu lah . hee, after abes exam ni  I'm become "babysitter"  yeay! My dreams become true! One day, nk cgt bina umah anak yatim , jage dyeowg cam anak sendiri , jage baby yg ditinggalkan.. kalau leh nk jd ibu utk dyeowg.. InsyaAllah :)