Sunday, 9 December 2012

Npew XCari Pegganti? He3




:Bismillah kalam indah pemula bicara:


Setiap air mata yg menitis sbnrnya me-renew iman sedikit demi sedikit. Meluntur kecewa pedih dlm hati. Kuatkan kembali hati yg luka & lemah..

Sometimes kita lebih suka bersendirian daripada kita terus sakit hati dan terasa dengan apa yang orang cakap kat kita and sometimes ugak kau rasa terabai bila kau cuba nak buat orang lain happy , tapi dia tak pernah nak hargai and tak pernah layan kau dgn baik. .

ada benda boleh kita share dgn orang , ada benda kita kena simpan. . lagi lagi kalau benda tu melibatkan relationship kita dgn seseorang

ada benda yg selalu bermain kat fikiran kita bila benda tu benda penting buat kita , tapi itulah yg selalu buat kita susah nak move on maybe tidak salah rasanya sekali sekala memendam rasa. . mengagumi dalam diam, merindu tanpa suara. . Sekadar menjadi pendoamu yang setia dari jauh. .

 

 
(yang sebelah lagi tu belum masanya nak muncul kat sini)
 

"Kenapa Saya Tak Couple LAGI", agaknya kenapa?

Saya bukan sebaik-baik wanita yang tiada terpalit langsung dosa. Pernah khilaf. Pernah sakit hati. Pernah membenci. Namun itulah ujian ALLAH, ia merubah saya kepada saya yang sekarang.

Bukan saya tak pernah kenal lelaki, tak pernah kawan dengan lelaki. Cuma karakter KALIS LELAKI ini bermula sejak saya di sekolah menengah. Di sana dia insan bernama lelaki selain guru. Dunia saya ketika itu hanya guru & keluarga. 5tahun dah cukup lama untuk buat saya dingin sedinginnya dengan lelaki. Ada hikmahnya hati saya terjaga ketika itu.

Alam Pra Universiti , mengubah segalanya, Dan bermulalah episod ujian hati. Berkenalan dengan lelaki bukan saya yang biasa untuk saya apatah lagi bercakap dengan mereka mahupun bertemu.

Saya akui juga saya juga PERNAH ada kenalan lelaki, dan disitu saya sedar sukarnya untuk menjaga hati. Terutamanya pihak saya , perempuan. Perempuan bila lelaki seolah bagi dia harapan , dia akan berharap lebih lagi. Dia diam sebab dia masih ada secebis malu, dan jangan terlalu mudah melafazkan kata-kata yang mampu membuatkan kami wanita ini berharap.

Jujur pernah rasa sakit berharap, namun hikmah disebalik semua tu benar-benar mengubah hidup saya, semakin dekat, semakin faham hakikat hidup, dan semakin mengerti setiap ujian tanda kasih Allah .

KENAPA SAYA TAK COUPLE LAGI :

1. SAYA TAK CUKUP KUAT UNTUK JAGA HATI

2. SAYA TAK NAK SAKITKAN HATI IMAM SAYA NANTI

3. SAYA TAKUT ZINA HATI DAN ZINA

4. BENCI ITU BOLEH MEMBUATKAN HATI KITA SURAM DAN GELAP

5. MUNGKIN CINTA BOLEH MELALAIKAN KITA

6. AIR MATA HANYA UNTUK YANG BERHAK SAHAJA.

7. SAYA RASA CINTA SAYA PADA ALLAH , MAK AYAH BELUM CUKUP KUAT.

8. CINTA SELEPAS KAWIN JADI PILIHAN SEBENARNYA.

 

So, Couple is not my choice rite now, "KENALAN" itu sudah bersemadi dalam lipatan buku lama. Saya kini kembali denga title "KALIS LELAKI". Sampai bila? Sampai satu saat ALLAH ketemukan saya PELURU yang mampu menebusi dinding hati saya. IMAM

No comments:

Post a Comment