☀ Selamat tengahari ☀
Assalamualaikum : Bila kita merindui seseorang. . Dalam hati kita mesti kata "Agak agak dia rindu kita tak? " Rindu mungkin ada. . Tapi sama ke dengan rindu kita? :)
Maxis pun tau minta maaf bila talian yang anda hubungi sedang sibuk, kenapa awak ego sangat tak nak minta maaf walaupun dah buat salah :') Tak pe la , saya dah menyerah ! Satu hari nanti, kalau awak berniat tinggalkan saya . . Tolong pergi terus dan hilangkan diri. . Jangan pernah lihat macam mana saya merana :') Cari lah hati yang mampu mencintai walau macam teruk pun keadaan awak . Dan tangan yang mampu memimpin awak dalam keadaan lemah sekalipun :')
Banyak saya belajar pabila dia pergi mendiamkan diri ^_^ saya kenal banyak lagi ragam manusia , kenal lagi banyak hati , kenal juga mahar setia saya , semuanya kerana si jejaka , tapi kali ini saya belajar untuk lebih menjaga kerna saya ingin menamatkan segala gundah ini dengan orang yang tepat dan lebih menghargai saya. ." Kalau nak cinta itu jadi murah pergilah bercinta dengan ribuan penagih cinta hanya untuk mempersiakan hidup kamu , hidup harus bermatlamat bukan untuk leka dan lalai ♥
Saya ingin mengakhiri rasa cinta ini dengan cara halal dan diredhai Allah , bukan rasa cinta yang membuak-buak dan hanya sekadar suka dan membuang masa saya ^_^ " Sabar itu hikmahnya besar , semakin saya sabar dan berjarak untuk dekati dia saya yakin setia saya dibalasnya walau tak bisa bercakap berhadapan , walau tidak punya rasa cemburu dipertontonkan , saya tetap akan sabar dan tunggu andai dia jodoh saya sangat bersyukur dengan segala rasa yang Allah beri itu :')
Hujan turun di bumi Kota Bahru basah lencun tadi , tak ke surau untuk hari ini , batuk-batuk dan selsema yang belum dalam keadaan baik , sedang memperkasa iman saya mungkin untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya , kalau saya salah tolong tunjukkan langkahan dosa saya , jika saya khilaf tolong teguri saya , InsyaAllah saya masih mencuba kenal dunia , masih juga dahaga akan pengetahuan agama, jadi tolong ingatkan saya :)
". . Tahniah kawan ! Kau sudah bernikah jadi ada "jarak" untuk kita lepak sama , doakan aku , aku nak rasa bahagia yang sama ^_^ rezeki dan jodohku masih dalam rahsia Allah dan tidak lupa juga ajalku , jika aku memang tidak akan rasa segala nikmat itu di dunia akan aku tunggu setia di syurga sana. ."
I love you more than ↓ ♥
![]() |
Spongebob Squuarepants : Fav Cartoon Awak Kan? :') |
Perkara pertama sesudah sampai Tanah Merah ^_^
Salam tangan mak. . cium tangan mak. . peluk mak dan berkata :
" Mak maaf. . balik lewat , bas rosak "
Dan mak menjawabnya "tidak mengapa asal selamat sampai dan balik umah sudah ok " ♥ ♥
Salam tangan mak. . cium tangan mak. . peluk mak dan berkata :
" Mak maaf. . balik lewat , bas rosak "
Dan mak menjawabnya "tidak mengapa asal selamat sampai dan balik umah sudah ok " ♥ ♥
Kebelakangan ni lepak rumah teman mak , selalunya saya sibuk ngan Usrah , masakkan dia , hidangkan makan untuk dia , basuh pinggan mangkuk , buat segala kerja umah , hari ini dimanfaat seeloknya untuk mak ^_^ Pasni , saya dah merantau jauh. . Alhamdulilah , mak izinkan :) Dah lama nak hidup berdikari , mencari rezeki di negeri orang. .
Ketiadaan saya di Tanah Merah nanti ramai tertanya-tanya dan ada juga yang akan lupa pada saya , selepas ini berhijrah lagi ke destinasi baru ^_^ semakin jauh saya. . Menunggu yang setia iqtikaf dalam taman hati. . Menunggu siapa dia pedamping di sisi ♥
![]() |
Selain keluarga , ibu bapa , Allah dan Rasulullah adakah saya dalam hati awak ^_^ |
No comments:
Post a Comment