Friday, 22 March 2013

Segalanya Bemula Di Sini ! ツ

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
 
Suatu hari nanti kau akan mula belajar nak melupakan dan melepaskan !

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja. 

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkari ukhuwwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datang pada diri saya sendiri.
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata iaitu Ukhuwah. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwwah yang didasari kerana Allah akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu ! Yakin dengan janji Allah, Redha dengan ketentuan Allah. Semoga sentiasa mendapat Redha Allah :') Ketahuilah awak , hati saya sudah dimilikinya. Doakan kami ! Sesungguhnya aku hanya mencintai Firdaus !

Friday, 15 March 2013

Moga Dia Jodoh-Qu ! ♥

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
 
Kini, aku adalah manusia egois yang mahal air mata ! Pergi sini tapi jangan jatuh hati !
 
Assalamualaikum : Firstly, back to the storey, lappy jatuh ke tangan aku. . Yeay ! Hehe ! Lama tak update blog. . Maklum la sibuk bekerja :O So, online dan online dan online. Facebook dan Facebook dan Facebook. Twitter dan Twitter dan Twitter. Youtube dan Youtube dan Youtube. Tetibe terus aku ter-stuck dekat blog kesayangan aku nim. .
 
Bak kata orang , yang patah tumbuh , yang hilang berganti . Tapi yang aku ni tak berganti ganti . Apahal ? Haha ! Ehh. . dah ade penganti la. . Saje kasi saspen cikit ! Alhamdulilah , it has been two months already. . Kan Sayang ? Pertahankan dia yang bertahan untukmu. . Lepaskan dia yang tidak pernah menghargaimu. . Hidup ini punya Pilihan ! Pilihan aku bersama Dia !
 
 
Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya :')
 
Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatkan dirimu merasa sedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, ianya tidak akan terulang kembali.  Tatkala ‘Dia’ berjauhan dari kita, Lepaskanlah dia dalam jagaan Allah. Yakinlah sepenuh hati dengan perlindungan-Nya, Tanpa sebarang syak wasangka. InsyaAllah, Segalanya akan baik.  Semoga Allah sentiasa menjaga Dirimu di sana Sayang ! Thank you for staying and thank you for trying to stay. Really Appreciated !
 
* * * " Wahai GPS hati kesanlah di mana dia pencuri tulang rusuk ini, aku masih menanti, menunggu dengan setia, jejaka yang tertulis untukku ^_^ Istikharah lagi moga tidak tersalah beri hati, mungkin yang kau tunggu belum pasti, dan mungkin yang menunggumu sudah benar terpatri mencintaimu dalam hati. Nak tahu kenapa saya selalu cakap atau cerita tentang awak sebab saya rindu awak sangat - sangat tau . Saya nak awak sentiasa tahu saya  rindu awak. Moga Firdaus adalah pemilik tulang rusuk aku yang aku nantikan  :') 
 
Pen merah. Pen biru. You marah. I doa untuk you. Senyum ! This week, asyik gaduh je. Sedih ! Tapi dia banyak bersabar tatkala aku menguji kesabarannya. . Bila orang marah tu kadang kadang sebab kita jugak. Bukan dia suka suka je nak marah kita ! Ya Allah, ujianMu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui.

Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku tuliskan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri. Sometimes I wonder if I lost someone else’s existence !
 
Wahai hati, janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung 'ombak cabaran'. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Saya tidak akan berhenti sayangkan awak sampai Allah mengizinkan-Nya kerana saya betul - betul perlukan awak. Hmmm :') Now there is no path for me to return ! Saya tak nak kehilangan awak. Saya tak nak kehilangan awak. Saya memang tak nak kehilangan awak sampai bila - bila Sayang

Monday, 4 March 2013

'Wa'fuannii' - Maafkan Aku ! ❤


Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah masih lagi bernafas pada pagi Isnin bersamaan 21 RabiulAkhir 1434H. Bersyukur pada Allah Yang Maha Esa !

Menyusun nota bertingkat , menaip seberapa pantas susunan ayat , mencorak rindu di atas angin , sambil berharap sampai ke markas cinta nun jauh di sana , apa khabar wahai dirimu tuan empunya , satu masa nanti kita akan bertemu dengan apa jua cara ☺* *walau tak bisa di dunia di syurga pasti , InsyaAllah. . Lama tak menulis bait-bait kata , merencana arka perasaan , berinteraksi dengan getar hati sambil memuja-memuji nama Allah.


: Badmood . Badmood . Badmood . Badmood . And badmood :'{


Hati dalam kesakitan tapi bibir masih mampu mengukir 'SENYUMAN' ! Itulah kemanisan bagi mereka yang mampu bersabar atas dasar 'IMAN' ! Diam bukan tanda benci tetapi mengumpul kemaafan di hati , Hilang bukan melarikan diri tetapi mengutip kekuatan untuk bertemu lagi. Tadah tangan : " Ya Allah , andai dia jodohku , jangan pernah kurangkan rasa sayang aku padanya. Sesungguhnya aku amat menyayanginya. AMEEN."

Memang awak bukan lelaki pertama yang menyentuh hatiku , namun awak juga bukan yang pertama menjadi teraju dalam carta hati , hari berganti hari masa melabuh tirainya , saya masih menunggu , menunggu penuh setia , tapi awak harus tahu , yang saya tidak memaksa awak menjengah hati saya wahai jejaka perhatianku.

Bukan semua perkara mampu dilafaz dengan kata-kata sebab itu saya hanya berdiam dan senyum sahaja , biar nukilan hati menjadi cara pemahaman yang sempurna :) Jodoh itu bagaikan pintu. Si gadis menunggu di sebalik pintu manakala si jejaka mencari gadisnya dari pintu ke pintu. Pintu si gadis mungkin dekat saja tapi si jejaka terlepas pandang dan meneruskan perjalanannya. Hopefully , awak akan sedar dan hargai kehadiran saya :'}

Saya cuma mencari muara hati saya , saya ke hilir tasik jiwa saya , lalu ditengahnya ada ombak rindu menghempas pantai perasaan saya , bahasa berbunga saya buat dia bukan orang lain , izinkan saya mencari kiblat hati saya , dan saya harap awaklah orangnya

* *** * Satu masa nanti walau tiada raga ketika merindu , cukuplah doa melihat dirinya berubah , walau kala itu hanya bayang-bayang saya menjadi wakil perasaan kerana ketika itu saya tiada lagi di dunia ini. Jika saya menulis perihal hati , akan tersentuh perihal budi , andai ada yang terpana membacanya ketahuilah insan yang menulis adalah seorang gadis biasa.
 
Semua kelemahan & kecacatan diri sy adalah ujian Allah pada sy :)
 
Awak fokus dengan study dan saya dengan kehidupan kerja baru saya. Walau getar hati menanti akan satu nada yang sama , saya masih menunggu akan rima dan intonasinya seiring bermain di tepi bibir awak , saat itu biar lidah tanpa kelu lagi , dengan lafaz sakinah , "Aku terima nikahnya", InsyaAllah , saya masih menunggu awak di batasan waktu.

Memang ramai jejaka kacak di luar sana tapi semua hanya kacak di pandangan mata , memang awak juga kacak di pandangan mata tapi awak tetap "limited edition" dalam hati saya , tapi bukan rupa awak yang menyentuh hati saya , tapi pengertian awak tentang kehidupan saya dan tanggungjawab saya yang saya ambil kira , kata mak " jangan pilih kerana suka sahaja" tapi pilih kerana dia tahu keadaan kita dan terima seadanya.

Boleh bawa saya jalan keluar dari rasa gundah ini? Saya akan senantiasa ada untuk awak. . Percayalah ! Selalu bila buka sahaja laman muka buku akan kelihatan pelbagai ragam manusia Tiap kali membaca terkadang tersenyum melihat karenah mereka , pada saya tidak salah berkongsi rasa , pengalaman yang ada moga-moga menjadi iktibar buat kita semua.

Mak selalu cakap *"kita akan cepat melupakan kalau satu benda tu betul betul buat kita sakit hati"* pepatah mak kononnya ! Hehe. . Sekali saya dah pergi , mustahil saya akan kembali untuk awak. Tapi sebenarnya benda ni semua buat kita kuat walaupun kita rasa kita tak. . Huh !