بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
![]() |
Suatu hari nanti kau akan mula belajar nak melupakan dan melepaskan !
|
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang
mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini
dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan
inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya.
Kehidupan sederhana dan dilingkari ukhuwwah yang terbina menjadikan
hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan
hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya
tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber
inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa.
Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap
insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai
wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa
keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir
atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah
pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak
menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang
menjadi perkara terbaik bagimu."
![]() |
Yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datang pada diri saya sendiri. |
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata iaitu Ukhuwah. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas
tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai
redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya.
Ukhuwwah yang didasari kerana Allah akan menjadi suatu ukuran terbaik
dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan
terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan
nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para
sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang
mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling
mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR
Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah
semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap
menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi,
janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi
kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup
baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan
menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan
yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana
menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat.
Moga kau menemui pencarianmu ! Yakin dengan janji Allah, Redha dengan ketentuan Allah. Semoga sentiasa mendapat Redha Allah :') Ketahuilah awak , hati saya sudah dimilikinya. Doakan kami ! Sesungguhnya aku hanya mencintai Firdaus ! ❤
No comments:
Post a Comment