بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Semakin hari ku rasakan semakin manis perjalanan hidupku. Alhamdulillah, walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas.
![]() |
I'm Back ! |
Sungguh berdosa diri ini setelah cintai dia yang dulu, maka cinta dan rasa yang ada padaku sudah habis, hingga aku lupa untuk tinggalkan pada yang lain. Alhamdulilah, aku telah pulih dalam duka lama, kali ini kumbang yang lain sedang bersemai dalam naruniku ! Now, sedikit demi sedikit aku berubah demi hamba Allah yang setia bertahan demiku. ♥ ;)
❝Wahai hati, Don't be too sad. Allah pasti sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri. Allah Maha Mengetahui. Positive please !❞ Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T Maha Bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.
Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai. Berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat & keampunan Allah. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar. Dear you, I'm afraid to lose you. Even we are far, i try to make it short. Its really hard, but trust me love can make all thing we want. Couple jarak jauh best, tak selalu jumpa, kita boleh belajar macam mana sakitnya rindukan orang yang kita sayang, bila date mesti sweet ;)
" Ya Allah,sampaikanlah salam rinduku kepadanya sehingga aku menjadi kerinduannya" . Aamiin Ya Rabb ! ♥ #ToMyFuturePartner I know that Allah has a plan. I'll guard my heart every second of everyday until Allah allows us to meet. See you soon :D
No comments:
Post a Comment