Monday, 31 December 2012

Kau TersenyuM? Aku :')



♥ Memulakan kalam dengan Bismillah ♥

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. .tetapi jangan jadikan kesilapan itu punca hati kita lari dari landasan Agama Allah (: Kadang kadang lebih baik berdiam diri daripada luahkan, pendam memang sakit, tapi kadang kadang bila kita bersuara. Keadaan makin buruk. Rite?

Bila ingat dia mesti airmata kita mengalir, sbb apa? sbb dulu dia janji taknak tinggal kita, tapi sekarang dia dah happy dgn orang lain :') Tadi, stalk fb dia, tengok dia tersenyum bersama insan laen, makin buat aku sedar. . Dia mampu tersenyum setelah pew yang berlaku sedangkan aku. . Hatiku kecewa, menangis ag *benda yang lepas jangan dikenang* huh! Itulah katanya. . P'puan memang mudah memaafkan tapi untuk melupakan amat sukar sekali. . Bukan semudah itu akan ku lupakan segalanya, biarlah aku memendam rasa sowg diri. .

Allahurabbi, memang ditiap-tiap hari adalah ujian, tak kira besar atau kecil ujian. Tapi Allah ukur dengan kesabaran kita melalui ujian -ujian tersebut. Setip yang dicoret sebenarnya ada kaitan dengan aku, keluarga & insan yang disayangi. . Hanya yang pernah mendekati diriku akan mengetahui liku kehidupan yang pernah aku lalui. . Luaran memang nampak aku insan yang bahagia, hepi go lucky katakan, but dalaman hati memang selembut kapas. .

Bukan mengeluh atau meraih simpati tapi aku ingin ambil sesuatu di sebalik semua yang berlaku dalam hidup kita tak kira besar atau kecil sesuatu perkara itu. Sebenarnya tangan dan tubuh ini tak cukup kuat nak menaip dan jika diikutkan hati malas namun rasa ingin berkongsi lebih dari segalanya. Menulis itu jiwa aku. Mengungkap segala yang terpendam tanpa perlu berkongsi perihal kisahku pada insan laen. .

InsyaAllah

Masa tidak boleh diundur,simpanlah kenangan terindah,sematkan ia di hati. . Jadikanlah yang pahit sebagai satu pedoman hidup di masa akn datang. . Aku ingin melangkah dengan tabah. . namun, setiap kali aku cuba melupakan, makin kuat ingatanku terhadapnya. . Saban malam, aku berdoa supaya Allah menghilangkan kekecewaan di hati. . Setiap masa , setiap saat , setiap detik bersama awak tak pernah sekali pun saya menyesal mencintai awak :') Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu  

HACKS ♥  Kau hadir tanpa aku sedari, mengisi kekosongan hati, kini kau pergi tinggalkanku. . Npe kau lepaskan tanganku setelah hatiku kau tawan, di saat aku merasai pew maksud sebenar cinta. .  Hanya doa yg ku kirimkan bersama sebuah harapan semoga kau kan taw jua kaulah erti cinta sebenarnya buatku. .

Friday, 14 December 2012

Sekali Lagi. . Dia Sakiti-Qu :'(



Hari ni hari Jumaat 1/2/34 Hijrah:
 
Dua hati yang telah sebati memang susah dipisahkan but jika ia memudaratkan akhirnya terpaksa dibuang juga .. that's right? :) Hurmmmm.. dari semalam banyak air mata yang dikeluarkan.. Nak cakap happy of course la sebab sekarang coz dah abes exam & bebas nak wat pew yang saya suka.

Semalam Anna deactive acc facebook.. Ada sebab Anna wat camtu. Bukan disebabkan dia tapi ada seorang hamba Allah nampak sangat nak uji hati saya ni. Bukan nak lari tapi saya tak sanggup hadapi dirinya, serik, and takut.. Anna pernah sakit coz dye.. and semalam terbukti Anna tak tahan sangat fikirkan kami yang asyik gaduh.. Menangis! Itu jew la yang saya taw untuk kurangkan bebanan di hati.. Sampai sesak nafas, terpaksa la dikejarkan ke hospital.. Alhamdulilah, keadaan diri tak siyes juz doctor pesan jangan terlalu banyak fikir takut akan alami kemurungan nanti.

"Ya Allah, hilangkan kesedihan aku terhadap dia yang tidak menghargai kewujudanku" Mybe dia malu dengan kehadiran aku, tak anggap aku sbg adiknya..

Tinggal kat sini, banyak ajar saya erti sebenar kehidupan, kuliah agama penuh bermanfaat.. Lebih mendekatkan diri pada Illahi namun stil tak ready untuk berdepan dengan masalah.. Susah nak percayakan orang sekeliling and kerana itu juga saya tak ingin terlalu berkongsi perihal kehidupan and masalah yang dilanda.. Tapi percayalah saya tak pernah membenci Dia, saya rasa sesakit manapun terhadap Dia.. Paling tak pun lau saya tak tahan sangat saya akan menangis! Saya rasa apa yang berlaku ni bawak saya dekat dengan-Nya..

". .Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . .

Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . .

Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat . .

Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri. .

Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . ."

". . Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .

Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .

Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu & mengurangkan kekecewaan untuk kehilangan dirinya. ."

Saya mungkin sedih kerna Dia tapi kalau Allah buat saya camtu mungkin saya lagi sedih.



" . .bila saya akan bahagia?

p/s : If someone tu tak boleh buat kau happy , so jangan biarkan dia buat kau terus sedih . Then, kalau kau betul betul ambil berat kt seseorg , even dia buat kau marah mcm mana sekalipun , perasaan ambil berat tu tak akn pernah berubah . . hopefully Dia camtu :(

Monday, 10 December 2012

Kasih Tak Bertepi. . Pilihan Diriku?

 

♥ Memulakan kalam dengan Bismillah ♥


Ya Allah, diri ini terasa lemah tak bermaya menghadapi ujianMu, maafkan kekhilafan hamba Ya Allah., Aku mengalah dengan ujian,

Menangis, menangisnya aku bukan menyesali takdir yang tersurat tapi hati ini terlalu sebak saat berbicara tentang mak & abah ku. Aku terlalu sayang mereka. Duhai sahabat, andai kau tahu betapa bersalahnya aku saat aku mengetahui bahawa aku bakal menyusahkan mereka yang aku sayang, ya kamu takkan tahu sahabat! Kamu tak berada ditempatku. Kerana aku terlalu sayangkan mereka aku rahsiakan masalah ini tanpa berkongsi. Hanya abang yang pernah aku luahkan masalah ni! Tapi sampai bila kebergantunganku terhadap dia.

 
Ini lah ujian sahabat, pada asalnya aku tidak perlu bimbang akan masalah aku, tapi sememangnya aku insan yang dipilihNya. Penuh dugaan, penuh halangan, sampai satu saat aku berputus asa, menitiskan air mata! Semalam satu malam air mata mengalir tanpa bisa aku hentikannya!

Airmata takkan berikan kita jawapan tapi ia mampu mengurangkan beban di hati..

 
Saat aku cuba memejam mata, perasaan itu datang wajahnya datang , oh abah, mak bersalahnya aku padamu, aku keliru..

 
Saat masalah, ujian Allah datang bertimpa saya rindukan kata2 yang dapat memberi aku semangat..

 
"..Ya Allah tika saat ini aku merinduinya..Ampuni aku ya Allah.. Moga kau pelihara segala rasa ini .. Hanya mampu berdoa agar Kau lindungi aku dari hasutan syaitan laknatullah! Jika dulu aku bisa berkongsi masalahku pada dirinya, namun kini aku tak seharusnya muncul dalam kehidupan barunya.. :(

 
Dan saat tu saya hanya mampu doa.. Ya Allah aku tak minta dikurangkan ujian yang Kau beri padaku cukuplah Kau hulurkan kekuatan padaku sekali lagi.."

         Awak Istimewa? Sbb tu Awak dipilih-Nya

Tapi sekarang aku sedar sebenarnya kata2 dia dulu tu buka mata aku untuk berusaha lebih kuat, jadi lebih cekal... Student life :) harapan ibu bapa & redha Allah menjadi sandaran utama kini. Yang penting sekarang saya fucos untuk last paper for final exam. Saya takkan hampakan harapan mak abah saya.. 12/12 penentu segalanya.. Apakah yang akan aku harungi lagi?

 
Ya Allah, kadang-kadang aku kecewa Ya Allah. Aku ini lemah, Ya Allah..


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." - (Surah Ali-Imran : 139)

Sunday, 9 December 2012

Npew XCari Pegganti? He3




:Bismillah kalam indah pemula bicara:


Setiap air mata yg menitis sbnrnya me-renew iman sedikit demi sedikit. Meluntur kecewa pedih dlm hati. Kuatkan kembali hati yg luka & lemah..

Sometimes kita lebih suka bersendirian daripada kita terus sakit hati dan terasa dengan apa yang orang cakap kat kita and sometimes ugak kau rasa terabai bila kau cuba nak buat orang lain happy , tapi dia tak pernah nak hargai and tak pernah layan kau dgn baik. .

ada benda boleh kita share dgn orang , ada benda kita kena simpan. . lagi lagi kalau benda tu melibatkan relationship kita dgn seseorang

ada benda yg selalu bermain kat fikiran kita bila benda tu benda penting buat kita , tapi itulah yg selalu buat kita susah nak move on maybe tidak salah rasanya sekali sekala memendam rasa. . mengagumi dalam diam, merindu tanpa suara. . Sekadar menjadi pendoamu yang setia dari jauh. .

 

 
(yang sebelah lagi tu belum masanya nak muncul kat sini)
 

"Kenapa Saya Tak Couple LAGI", agaknya kenapa?

Saya bukan sebaik-baik wanita yang tiada terpalit langsung dosa. Pernah khilaf. Pernah sakit hati. Pernah membenci. Namun itulah ujian ALLAH, ia merubah saya kepada saya yang sekarang.

Bukan saya tak pernah kenal lelaki, tak pernah kawan dengan lelaki. Cuma karakter KALIS LELAKI ini bermula sejak saya di sekolah menengah. Di sana dia insan bernama lelaki selain guru. Dunia saya ketika itu hanya guru & keluarga. 5tahun dah cukup lama untuk buat saya dingin sedinginnya dengan lelaki. Ada hikmahnya hati saya terjaga ketika itu.

Alam Pra Universiti , mengubah segalanya, Dan bermulalah episod ujian hati. Berkenalan dengan lelaki bukan saya yang biasa untuk saya apatah lagi bercakap dengan mereka mahupun bertemu.

Saya akui juga saya juga PERNAH ada kenalan lelaki, dan disitu saya sedar sukarnya untuk menjaga hati. Terutamanya pihak saya , perempuan. Perempuan bila lelaki seolah bagi dia harapan , dia akan berharap lebih lagi. Dia diam sebab dia masih ada secebis malu, dan jangan terlalu mudah melafazkan kata-kata yang mampu membuatkan kami wanita ini berharap.

Jujur pernah rasa sakit berharap, namun hikmah disebalik semua tu benar-benar mengubah hidup saya, semakin dekat, semakin faham hakikat hidup, dan semakin mengerti setiap ujian tanda kasih Allah .

KENAPA SAYA TAK COUPLE LAGI :

1. SAYA TAK CUKUP KUAT UNTUK JAGA HATI

2. SAYA TAK NAK SAKITKAN HATI IMAM SAYA NANTI

3. SAYA TAKUT ZINA HATI DAN ZINA

4. BENCI ITU BOLEH MEMBUATKAN HATI KITA SURAM DAN GELAP

5. MUNGKIN CINTA BOLEH MELALAIKAN KITA

6. AIR MATA HANYA UNTUK YANG BERHAK SAHAJA.

7. SAYA RASA CINTA SAYA PADA ALLAH , MAK AYAH BELUM CUKUP KUAT.

8. CINTA SELEPAS KAWIN JADI PILIHAN SEBENARNYA.

 

So, Couple is not my choice rite now, "KENALAN" itu sudah bersemadi dalam lipatan buku lama. Saya kini kembali denga title "KALIS LELAKI". Sampai bila? Sampai satu saat ALLAH ketemukan saya PELURU yang mampu menebusi dinding hati saya. IMAM

Tuesday, 4 December 2012

Dari Hati Seorang HaWa :)



    "ASsalaMualaikuM"


Terasa sudah lama tidak menaip di laman ini, masalah , ujian Alhamdulillah telah dilalui dengan penuh ketabahan walau banyak air mata yang mengalir..namun , stil adew ag yg lom settle.. Ingatkan 'Kalaulah Dia Taw' adewlah last post.. tapi kt cni la tempat Anna luahkan pew yg terbuku.. xdew tempat nk share.. sahabat? Feel uneasy nk luah.. abg? Anna dh jauh dr dye..

Allah.. Allah.. Allah.. Allah..  teringin sekali mencatat sesuatu di ruang sepi ini. Terbungkam hati ini , duka di hati hanya Allah yang tahu , namun ku tahu tiada duka yang abadi di dunia ini. Kejujuran membawa kepada kemurungan pada sebuah ikatan persahabatan. Allah bagaimana harus ku lalui liku hidup ini..

Pepatah Arab ada menyebut, “ Berkata benarlah walaupun pahit” benar memang pahit kerana itu yang saya rasa sekarang.. tapi maaf saya ingin menjauhi dari kehidupan kamu, biarlah asalkan kamu tak jauh dari Tuhanmu.. dari sahabat & orang yang sayangkan kamu.. Congrats! Saya nampak awak bahagia ngn si dia.. I feel like an idiot for missing you. , maybe..? tak kisah kau nak ambil tahu pasal orang tu ataupun tak , yang penting kau tak kacau hidup dia and  dia tak perlukan perhatian kau pun.. hopefully laa kan..
 
Kalau orang makin jauhkan diri dari kau , tanya diri sendiri kenapa , bukan terus memaksa orang tu bagi jawapan dia kat kau and kalau memang benda tu dah memang ditetapkan untuk kita , even kita cuba elak , even kita cuba benci , benda tu akan tetap kita terima juga , bukan semua benda dah lepas tu kita boleh lupakan macam tu je , ada benda yang kita susah nak lupakan even macam mana sekalipun kita cuba lupakan.. kadang kadang kau je yang sibuk nak mencari salah orang , tapi yang sedihnya orang tu sikit pun tak pernah nak ambil tahu pasal kau..
 
 Xsabar rasenyew nk abes exam.. nk taw npew.. that's why coz tentang naluri ku , naluri keibuan. *ehem*.*ehem*. Tak mestinya orang yang dah nikah saja ada naluri ini.. Bila tengok baby nak pegang nak cium nak dukung. Even tengok je pun dah geram , bila jumpa tak tahu lah . hee, after abes exam ni  I'm become "babysitter"  yeay! My dreams become true! One day, nk cgt bina umah anak yatim , jage dyeowg cam anak sendiri , jage baby yg ditinggalkan.. kalau leh nk jd ibu utk dyeowg.. InsyaAllah :)

 
 

Tuesday, 20 November 2012

Syukran Allah :D


                                            * ASsAlaMuaLaIkUM *


Walau, kau tiada di sini ku tetap , ingat semua pesan mu. .ku hidup , seolah olah kau maseh ada, bisikkan kata kepada ku, bila kah kau akan kembali pada ku. . Aaa. . Patah seribu hati ku ,bila mengenangkan , segala yang kita kongsi bersama. . Haruskah ku lupa? 
# finally nim pengakhirannya. . Huh. .
→ todiaa. .mengarut dh kerja aku. . haha .


Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan. . Kan?

Saya nak pergi jauh-jauh semoga beroleh hati saya di muara sana kerna hati dan jiwa saya tidak menipu tentang perasaan , hati dan juga hukum ALLAH

Segalanya dah berakhir, laluinya dengan penuh kecekalan tanpa Dia ag ;)


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. . SubhanAllah. . kuatkan aku. .

apa yang kita suka , kita ingin dan kita mahu , memang selalu bukan berpihak kepada kita mungkin dia bukan ditakdirkan bersama kita  untuk saling berkongsi perihal kehidupan tapi ALLAH sedang memberi seseorang yang lebih menghargai kita dari dia , jauh lebih baik dari orang yang kita suka , kita ingin dan kita mahu ^_^

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Saya tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan saya sampai saya melupakan kegagalan saya dan rasa sakit hati." InsyaAllah. . hidup saya lebih baik dimasa mendatang ini. .

"Bila anda meminta kepada MANUSIA, mengetuk pintunya dan minta kepadanya dengan berulang-ulang, maka dia akan MARAH kepada kamu. Sedangkan ALLAH, setiap kali anda meminta kepada Allah, maka setiap kali itu pula Allah MENCINTAIMU, kerana anda bersandar padaNya"

TAKE A NOTE : The worst feeling I feel rite now : Not getting a reply back from someone you really want to talk to. I wish we could go back to how we use to be, I miss that. When someone talks about their problems, it doesn't just mean they're complaining, it means they trust you enough to tell you. .

Tuesday, 13 November 2012

Kalaulah Dia Tahu :')



      "ASsalaMualaikuM"
 
 


Bersama deraian air mata, aq menulis tinta wat kali nim.. bukan mudah melepaskan owg yg ktew syg.. Pelbagai alasan perlu ku cipta supaya dia yg ungkap kata perpisahan & pergi tinggalkan aq.. Berterusan aq menyakiti hati dia & mengungkit segala kisah.. Akhirnya, dia pergi tinggalkan aq sendirian..

 
terus berjurai air mata saat dia gtaw xnk adew kaitan ngn aq ag, kalaulah dia taw pew yg b'laku sbnrnyew.. dia dh byk sabar ngn sikap aq selama nim.. Aq xmatang, manjew.. sesungguhnya aku rapuh sebenarnya selama ni, aq p'puan yg hina, sering khilaf.. aq rela korbankan prinsip yg aq pegang hanya wat insan bergelar "AdaM".. cukup hnya 1x,aq bukanlah sowg wanita yg warak.. Namun begitu, alhamdulillah Allah gerakkan hati aku kembali menginsafi diri setelah aq terima teguran dari dia.. ya "Dia"
 
"Dia" seorang insan yg aq anggap cam abang kandungku sendiri.. Dr dulu sikapku shukew memendam dr meluahkan masalah.. Kehadiran dia byk membantuku mungkin tanpa dia sedari.. Dialah ugak sedikit sebanyak kini telah membentuk keperibadianku sbg seorang muslimah.. kekadang aq perlukan dia saat aq rebah.. tapi dia selalu xdew time tuss.. Alhamdulillah setakat ni aku happy dia pergi dr hidupku w'pn dlm hati nim hanya Allah sjew yg taw, sekurangnyew aq xmenyusahkan dia ag & xbg dia beban.. :D terusan air mata di pipi mengalir .. teramat bahagia sekali, air mata kerana mengenangkan dosa lalu.. mungkin ugk kerna kehilangannya..
 
SubhanaAllah.. aq berdosa lukakan hati dia.. aq harus wat pilihan begini kan nim yg aq nak, be independent.. Aq xnk dia dibebani ngn masalah hidupku ag.. Abang.. adik perlukan abg sebenarnya.. Kalaulah abg taw, pew yg berlaku sebenarnyew.. Hari nim, hanya linangan air mata yg mampu menemani hariku.. kehilangan wat kali kedua insan yg amat aq sayangi.. kecewa.. bkn mudah utk melupakan.. sedangkan insan pertama yg aq sayangi until now masih utuh kekal di carta ingatanku .. Ya Rabb.. Aq xdpt tumpukan perhatian terhadap pelajaranku.. tinggal 1 minggu jew ag aq bakal menghadapi exam.. Engkau bantulah hamba lupewkan dia.. hilangkan segenap rase bersalah & kecewa yg menyelubungi daku..
 
Ya Allah.. sanggup dia tuduh aq menuding jari pd owg laen.. sesungguhnyew aq xpernah berniat begitu terhadap dia.. sanggup dia sakitkan hatiku & anggap yg bukan2.. Kalaulah setiap masalah bisa diungkapkan.. namun, keaiban owg laen perlu dijaga.. Biarlah.. dia anggap aq p'puan yg xmatang.. menuding jari pd owg laen asalkan dia xmenangung beban masalah drp aq ag..Ya Rahman, hamba sayangkan dia kerana-Mu.. moga nim adalah pilihan keputusan hamba yg terbaek.. InsyaAllah.. tidak perlu dia ungkapkan kata "maaf" coz aq yg menyakiti dia..seharusnyew aq yg memohon maaf.. mybe lebih baek aq terus menyepikan diri tanpa mengucap sebarang kata kemaafan
 
haiisshh.. npew la ngn air mata nim.. Xmau berhenti! hee :") Yuhana..dah la nangis, mata pown dh lembam.. haiyaa!! Senyumlah..kan manis klu senyum, Aq kena tabah & kuat.. aq dh xdew sesiapa ag.. hanya Allah & kalam-Nya tempat aq mengadu.. kuatkan aq utk atasi kelukaan kehilangannya.. aq kena belajar terima kehilangannya..

Syukran jazilan Abang:

Terima kasih kerna pernah hadir dalam hidup adik sekalipun menjadi peneman sepi adik , abg dh byk memberi tanpa menerima balasan 

Forget what hurt you in the past , but never forget what it taught you ♥


Nota ♥ : Anna memang bukan wanita yang warak & solehah , sowg yg biasa-biasa sahaja, Anna bukan sebaik mana selalu bercermin diri dan akui kekhilafan Anna , Anna cuma suka akan nasihat agama, mencari ilmu Allah walau jauh mana melangkah, Anna masih perbaiki diri sendiri
 
Coretan Terakhir
 


Saturday, 10 November 2012

Prinsip-Qu :)



"AsSaLaMuaLaiKuM"


HAHA . masa zaman sekolah ada 'cinta monyet', err.. ehh , aku xlaa klu bab tuss.. kengkawan laa .. hee , aku juz bab sakat-menyakat jew terer , . . sweet moment semua tuhh :') tak boleh dilupakan . apa2 pun , doakan yang terbaik untuk NURYUHANA BINTI MOHAMAD KUSHAIRI , angka giliran  SD0001/1046 yang akan menduduki peperiksaan STPM bermula 19/11: Isnin ini . . fuhh
#pesan cikgu2 aku Khamis lepas , dari dulu 'saya tahu awak boleh buat yuhana' . yupp . akuu akan berusaha# terima kasih cikgu !

 

Sekarang just nak share, semalam Anna rasa nak belek jew balik buku "Pemilik Cinta Ku Setelah Allah dan Rasul" padahal ciap dah khatam buku tuss.. hee.. Bila baca balik , Start jew baca chapter one , terus berjurai air mata, sesungguhnya aku rapuh sebenarnya selama ni, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati aku untuk buka.. Dan mulai semalam , aku niat bangun pagi nim aku bukan seorang yang lemah, seorang yang tunduk pada perasaan yang entah tak tahu kemana hala tujunya.. Alhamdulillah setakat ni maku happy dengan hati yang telah direnew, semalam aku tertidur dengan tasbih di tangan , dan air mata di pipi.. teramat bahagia sekali, air mata kerana dosa lalu.. demi kasih sayang-Nya.


Anna ♥ Allah

"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku & lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaha:27)

 
Sekali lagi lafaz getaran istighfar menusuk menimbusi Qalbu ku. Allah saat ini yang aku mahu ya Allah. dan kini aku kembali dengan satu prinsip baru ^_^, doakan lah pemilik hati yang rapuh ini agar tidak lagi rebah tersungkur..  Cukuplah sekali!!

 
"Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri"

 
Nota  : Letakkan matlamat untuk mengapai cinta Allah & membahagiakan ibubapa di hadapan !!

Friday, 9 November 2012

Bila Hidayah Itu Menyapa :')


 
* ASsAlaMuaLaIkUM *



Ku renung pada langit yang kebiruan.. SubhanaAllah.. Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan ngn penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal dari setitis air mani yang hina.

Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga Xterhitung olehku. Aku alpa Ya Allah.. Aku lupa bahawa aku hanya insan yang lemah, yang hanyut pada godaan. Hingga saat ini, aku menyesal pernah menyerahkan hati ini kepada insan yang X sepatutnya hamba cintai, aku rela korbankan prinsipku.. Ya Muhaimin. Tanpa sebarang kekuatan, jika Engkau tiada untuk membantu apalah dayaku. Namun, sering kali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala & dosa.

Ya Allah, aku merasa beratnya menanggung beban ini. Sepatutnya aku menjadi pendorong dalam meneruskan dakwah Islam, namun aku sendiri lalai. Aku malu Ya Allah, malu pada-Mu, malu pada semua yang memandang tinggi padaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan & terus istiqamah. Bantulah aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Islam. Bantulah aku Ya Rahman.. Mungkinkah satu hari nanti, ngn kasih sayangmu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat & kasihan belasmu, aku dapat melaksanakan tanggungjawabku kepada-Mu? Mungkinkah.. sedangkan aku selalu membelakangkan-Mu?



Jika dia tak perlukan lagi aku dalam hidupnya, Kuatkan aku untuk terus berdoa buatnya,
 


Wahai sahabat..

Apakah kau masih alpa ngn diri ini jua? Berubahlah, kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku ini kelak terjadi pada dirimu. Gunakanlah peluang & kesempatan yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Illahi.

Ya Allah, ampunkanlah aku.. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini & terima kasih Ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku ini telah mengingatkan diriku, betapa kerdilnya diri ini.


Untuk diriku & dirimu jua, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri" Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku & terus istiqamah di jalan dakwah yang Engkau redhai. Aku ingin membawamu bersamaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah. Doakan saya wahai sahabat? Ana Uhibuki Fillah

Wallahua'lam


Thursday, 25 October 2012

Putus Asa Bagi Aku..??



*Bismillahirahmanirahim*

“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu (bersangka baik), dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.” 

-Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna-


Putus asa, kadang- kadang peristiwa yang berlaku itu meyebabkan kita berputus asa, aku sendiri pernah merasa terlalu lemah sehingga satu saat terasa bagai dunia seakan tidak adil bagiku. Tapi aku tertanya-tanya , benarkah dunia tidak adil bagiku, .. sebenarnya  hati yang terlalu banyak memendam masalah .


Namun sedang pelbagai rasa, ujian yang ALLAH berikan , kini aku mampu tersenyum,  ada hikmahnya . aku semakin matang, jika dulu aku terlalu mudah menitiskan air mata tatkala ujian mengetuk diri , kini aku lebih tenang, namun bukan bermakna aku tidak lagi menitiskan air mata, tapi cuba menahan nya dari terus menerus jatuh.

kini aku sedar , sahabat2 aku perlukan aku dan aku sudi meminjamkan bahuku buat sahabat, kerana itu aku perlu lebih kuat, pemberi semangat, aku perlu bisa tersenyum meski saat itu hati aku jua rapuh namun demi mu sahabat, demi memulihkan semangatmu , aku ketepi masalah aku, kerana aku sayang kamu.

putus asa, tiap kali aku ingin, selalu ku bisik ke hati.. Allah sayang aku, segala yang aku buat sekarang terutamanya study, itu amanah,jauh dari family itu lah antara ujian yang selalu buat aku rapuh , namun teringat akan  mak abah dah banyak berkorban, jadi aku perlu kuat.. sahabat kamu tak perlu tahu tika mana aku menitiskan air mata, Allah akan jaga aku, usah bimbang! aku cuma mahu kamu tersenyum, dan mengerti ujian itu makanan kehidupan.

kini bantal menjadi tempat tercurahnya air mata, Allah tempat aku mengadu segala -galanya. DIA tahu yang terbaik. Alhamdulillah DIA kuatkan aku :')


Nota hati buat sahabat:

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.





 Its not Easy for me to Say "Busy" when someone need me
and its also "Painful" when I Hear "Busy" when I need Someone...
SO, everytime people need me..i try not to bee too busy that time

Sunday, 21 October 2012

Kebergantungan-Qu



"ASsalaMualaikuM"


2 weeks to STPM, I need to through my STPM level.. =.=" No enjoy laa.. hOw sweet !! Lama ugk laa kan saya akn menyepi.? Hehee.. Actually, Sepi saya membawa satu soalan.

Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita..?

.
.
.
.
.
.
.


Saya pernah mengajukan soalan yang sama pada rakan saya. Jawab beliau, “Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”

“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi hari ni Anna nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping kita minta suami belanja kita (#eh)

Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat dikawal.

Sementara itu, Anna ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah 

Friday, 19 October 2012

Permata Yang Dicari :/




AsSalaMuaLaikuM


Feeling not well since this morning . Rasa macam nak demam . HmMM. . Please jgn laa demam. . Not in this final exam week please# Feel so uneasy :/
Subhanallah , aq ingin berusaha sehabis baik demi masa hadapanku , insya-Allah mulai dari tahun ini diharap pintu rezekiku dibuka seluasnya atas izin Allah , memang banyak pahitnya kala dulu , dan tika ini biar Allah merubah masa hadapan yang mendung menjadi pelangi indah di kelam hari mendatang.. doakan yew?

Walau tidak dapat degree , diploma mahupun apa-apa , walau aq tidak akan convo di dunia nim, di akhirat kelak kita pasti akan ada convocation , di sana lagi meriah jutaan umat manusia dari pelbagai lapisan masa hadir bersama , meraikan harga kemenangan hasil tuaian ibadat ketika di dunia , insya-Allah semua orang akan pasti merasa kejayaan hakiki itu.. selagi aq istiqomah selalu and always dalam kebaikan :)


" saya belajar tak tinggi pun , belum juga rasa nikmat convocation itu tapi saya tahu ada lagi harga kegembiraan lain untuk saya , insya-Allah semuanya dalam rahsia ALLAH "


Saat sy mencintai di
a dengan segala luahan hati dan tangis ini hanya Allah saksinya , saat Allah menghadiahi harga cinta sy dengan muhasabah sy dapat belajar walau sakitnya patah hati kerna manusia.. tapi Allah selalu bersama sy dengan setia


Sukar mencari orang yang kita suka dan dia suka kita , namun carilah mereka yang suka kita walau kita belum boleh suka tetapi rasa itu masih boleh dilentur kita , orang yang suka kita pasti akan menjaga sehabis baik demi untuk mencuri hati kita


"tidak perlu tahu siapa saya tika ini dan tidak perlu juga tahu siapa saya tika dulu"


Hadirnya sy cuma ingin membentuk awak tapi selebihnya biar Allah semaikan hidayah dalam hati awak , sy tidak akan mencuri hati awak, sy cuma akan menyentuh hati awak membuka seluasnya mata fikir awak bukan semua gadis bisa awak jadikan alasan untuk dipijak sesuka hati kerana gadis juga punya harga diri


Tidak mudah aq menukar perasaan , tidak mudah juga melupakan namun andai semua ini aturan Tuhan , aq terima ia sebagai satu igauan , Allah menjaga hati ini jika terluka sekalipun kita sudah merasai pengalaman, bahawasanya hidup ini sukar diduga jika terjatuh jangan lupa berpaut di dahan keinsafan , Allah ada Dia Maha Karya Cinta yg sebenarnya


Simpan niat suci untuk satu lelaki bukan untuk semua lelaki , aku cuma ingin kamu cuma ada kamu sahaja dlm hati ini dan hati ini istiqomah ingin menjaga hati ini sebaik mungkin hanya untukmu.. Cukuplah aq korbankan prinsip hidupku sekali sahaja..


p/s: Kerna dia meninggalkan aq.. Aq mulai benci lelaki.. Namun begitu, kaum Adam yang baik masih ada selagi dunia belum berakhir.. Syukran buat hamba Allah yg telah menyedarkan aq & hapuskan rasew kebencian aq wat insan yg bergelar "LELAKI"

Friday, 12 October 2012

Tentang Segalanya :')


:Bismillah kalam indah pemula bicara:


Alhamdulillah masih Allah berikan ilham untuk diri menaip di ruang ini, syukran bagi yg sudi datang menjenguk , nOw jarang update, ada komitmen lain yg jauh lebih penting, and dalam tempoh ini mcm perkara yg jadi..

Selasa mgu lps, after blik dr clas mlm.. g cas hp kt bilik gs0k dlm kul 11.30 until 12, bateri xfull ag, so t'detik la hati nk tnggalkan hp until full batery.. ingtkan nk bgun kul 3 am ambek hp.. mls plak mguasai diri.. time tdow tuss, leh plak ciap mimpi hp kna rmps ngn cikgu.. but cikgu pulangkan blik coz anna nim budop baek.. xgunew utk pkra yg xfaedah.. sedar jew dr mimpi, pew ag trus capai towel then g bilik gsok ngok hp..

My hp gOne!! Anna dh agk pown.. If adew sesuatu pkra buruk akn blaku.. Anna akn dpt petunjuk dr Allah mlalui mimpi.. Alhamdulilah.. InsyaAllah hp tuSs Anna akn dpt blik, p xtaw la bla.. Anna wat solat hajat & istikharah mohon petunjuk.. Alhamdulilah.. Allah bg p'tolongan & petunjuk hp adew ngn spew..

1 weeks ugk.. Anna stress, nangis, xckp ngn owg even bff sndri.. mklum la hilang brg yg pling ktew syg.. agpn hsil titik peluh sndri and byk cgt important things dlm hp tuss.. w'pn taw spew yg curi hp tuss, Anna sabaq jew time tuss.. kengkawan byk bg sokongan.. *DETECTIVE CONAN* cite nim memg sesuai laa ngn situasi yg sdg blaku.. nk taw npew..?? when Anna dh redha hp tuss kna curi, kengkawan smua siasat diam2.. memg xbgtaw Anna lgsg..

10/10 SURPRISE!! My hp.. dpt blik.. Alhamdulilah.. berkat doa & usaha.. Anna nk ucapkan syukran jazilan wat hamba Allah yg dh doakan wat Anna & byk cgt tolom.. and f0r my secret admire: syukran cgt.. sy taw awk senantiasa doakan & lkukan solat sunat spya sy xcediy ag & dpt blik hp ksygn sy tuss.. tq ag, sbb awk xpnh bgtaw p'saan awk kt sy & hnya perhatikan sy dr jauh, coz sy tkut kelak sy akn jauhkan dri dr awk..

Buat hamba Allah yg pnh curi hp Anna tuss.. Sis doakan adek t'buka hati utk insafi diri.. sis taw adek adew family problem.. but mencuri bkn jln pyelesaian.. p'saan mrh sis kt adek pown dh hilang saat adek pulangkan blik hp sis even simcad sis adek dh pthkan.. Jujur, sis xdew rsew dendam kt adek.. insaflah adek, cian kt arwah parents adek.. sis dh jnji ngn Allah utk bwa adek ke jln yg diredhai-Nya..

Result trial pown dh kluar.. Alhamdulilah.. amat mbanggakan.. Anna dh tunaikan separuh janji Anna kt abah.. Tak lama lagi Anna dah nak menghadapi FINAL EXAM.. kejap jew kan dah nk StPm yg mana spjg tempoh nim juga dipenuhi coretan suka + duka + pahit+ manis :)

Diri ini jua sedang bermuhasabah, mengambil ibrah pada setiap kejadian and ujian yg Allah berikan.. Sedang juga belajar bagaimana untuk terus istiqamah dalam pencarian  Muslimah yang sebenarnya.. namun begitu mudah goyah, mudah rapuh itulah diri aku..





"Bukan semua benda aku kena terus mengalah"

NotE tO SeLf: SMiLE ;D-Pray on time -ZIKIR and SEDEKAH -don't forget DHUHA -make time for QURAN -amplify ur SoLAT SUNAT -jage ukhuwah btw ALLAH & MANUSIA

Saturday, 29 September 2012

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu :')



AssalaMualaikum


".. Andai kamu rasew kehilanganku, sebutlah namaku, pintalah & berdOa kpd Allah agar Allah bawa aq bertemu dengan mu.. MOga Allah swt pelihara perhubungan kita utk selamanya .."

Ya Allah, jika aq jatuh cinta..Ciptakanlah aq pd s'sOwg yg melabuhkan cintanya kpd-Mu agar bertambah kekuatanku utk menyintai-Mu.. Ya Muhaimin, jika aq jatuh hati, izinkanlah hatiku menyentuh hati s'sOwg yg bertaut pd-Mu agar aq tidak t'jatuh dlm jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana, jika aq jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak b'paling hatiku pd-Mu.. Ya Rabbul Izzati, jika aq rindu, rindukanlah aq pd s'sOwg yg merinduimu.. Ya Allah, jika aq menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indah b'munajat  sepertiga malam t'akhir-Mu.. Ya Allah, jika aq jatuh hati kpd kekasih-Mu, jangan biarkan aq t'tatih & t'jatuh dlm perjalanan pjg manusia kpd-Mu.. Ya Allah, jika Engkau halalkan aq merindui kekasihmu, jangan biarkan aq melampaui batas sehingga melupewkan aq pd cinta hakiki & rindu abadi hanya  kpd-Mu.. Sungguh aq b'munajat kpd-Mu Ya Allah ats pew jua yg Engkau berikan & kurniakan kpdku..


Astaghafirulallahalazim.. terimalah taubat-Mu ini, Ya Rabb.. aq redha ngn sesiapa pOwn teman hidupku yg t'tulis dlm Luh Mahfuz-Mu sbg suamiku, akan aq setia b'samanya hingga ke syurga, satukanlah hati kami dlm keindahan istikharah cinta-Mu yg agung selama-lamanya.."



"..Jangan terlalu b'harap.. kelak diri yg akan t'luka hOpe kau mengerti diriku.."

Monday, 17 September 2012

" Pesanan buat-Mu " =)



..Bismillahirahmanirahim..


hati saya bukan bahan uji kaji , perasaan saya bukan eksperimen , sedang saya istikharah inginkan ketetapan hati , saya juga takut akan riak dan takbur mengaburi diri , saya juga tidak suka akan pujian sebab itu saya sangat benci akan pujian yang bakal melemahkan iman  saya , sungguh saya bukan perempuan baik-baik dan sangat ramai perempuan lebih baik dari saya , sebab itu saya ingin kamu tahu perempuan biasa ini bisa pergi walau tidak bisa memiliki menyentuh hati sudah memadai ^_^


Ψ Show me the meaning of being a lonely :) Ψ 
 
kakak sayang adik-adik kakak ^_^ sebab itu kakak nasihat

nasihat saya kepada adik-adik bawah umur , jangan kenal cinta di usia semuda 13 ,14 kelak nanti .... Ingat!! sampan yang dikemudi hanyut , kerna apa , kerna kamu sendiri masih belum tahu rentak hidup untuk dipilih kerna apa sahaja di hadapan kamu , ibu ayah yang belikan.. hurMm..?? bagaimana nak bercinta sedangkan fitrah kasih sayang keluarga belum diterokai ^_^

ibu ayah nasihat semua bersebab , mereka tak mahu tonggak masa depan mereka terhanyut hanya ngan cinta yang tidak tahu mana penghujungnya ^_^ Pmr , spm belum tahu penyudahnya ^_^ malah pakaian dalam sendiri mereka belikan ^_^

lihatlah persekitaran kamu , cinta itu ada , kerna cinta ibu ayah kamu lahir , dan kamu hanya perlu menakhodakan sampan masa depanmu jangan sampai terhanyut ^_^ 
kakak cuma nak nasihat jew & b'dakwah kerna Allah.. jangan marah yew ^__^

p/s :  lumrah orang , bila dia dah jumpa someone better , senang senang je nak tinggalkan orang yang ambil berat tentang dia , at last menyesal ...

Monday, 10 September 2012

Warkah buat Sahabat




..Bismillahirahmanirahim..


Maaf sahabat andai warkah ini bakal membuatkan kau sakit hati denganku, bukan niatku namun aku kecewa dengan sandaran yg hanya sementara, fikirlah sahabat.. aku jua banyak khilafnya, sukar jua untuk istiqamah namun, aku selalu berdoa padan-Nya agar aku bisa istiqamah biarpun aku perlu bertatih untuk mengapai tahap istiqamah itu..
 
 
 
Setelah apa yang terjadi, setelah segalanya Allah tentukan bahawasanya  tiada lagi cinta manusia buat aku buat masa ini..

Membuatkan aku tersenyum, mungkin belajar meniti erti redha itu sendiri.. Mengapa aku tersenyum?? kerana yakin & percaya akan janji-Nya Xpernah goyah.. Dan aku kini lebih memikirkan perihal sahabat yg sedang berteman.. Tampak bahagia sekali tapi adakah kebahagiaan itu yg aku mahu..?? 
 
Insan mana yg Xingin bertemankan seorang lelaki.. Namun bukan sekadar teman, tapi sebagai imam , sebagai nakhoda yang benar2 bersedia untuk mengetuai bahtera yang akan dibina..

Aku sebenarnya khuatir,

Apakah cinta yang sahabat ku miliki kini mampu membahagiakan mereka hingga ke akhirnya?
Sahabat, apakah kau lupa pada satu kata "no couple before akad" Atau sandaran itu hanyalah pegangan sementara buatmu.. Sungguh tika insan lain sedang melihat aku menangis kerana cinta..Bukan kerana cinta itu menyakitkan aku.. tapi Cinta itu sedang membuatkan mu terlena dengan bahagia yg belum tentu untuk mu..

Aku menangis keranamu sahabat, Aku takut engkau terhanyut.. Bukan niat aku mendoakan keburukan.. namun pasti lebih indah jika Engkau benar hayati erti “no couple before akad” Bukan untuk menyiksa hatimu tapi.. Melatihmu untuk bersabar buat bahagia hingga keakhir-Nya.. Apakah kau lupa dengan janji janjiNya?
 
Lupa kerana bahagia yang terlihat indah sekarang.. Aku bukanlah insan sebaik insan.. Yang mampu & punya kekuatan untuk menegurmu..Aku jua sedang memperbaiki diri & menjaga hati..

Ya Allah beri aku kekuatan untuk menegur jika teguran itu baik  untuknya jua untukku.. Atau Engkau punya cara Mu tersendiri buat menyedarkannya.. Sesungguhnya aku Xpunya kekuatan itu.. Aku lemah... aku serba kekurangan.. Pesan ku sering tak seiring langkahku..

Tegurlah dia ngan kasih sayangmu ya Ilahi..
Kerana aku bukanlah sempurna dan tidak akan pernah sempurna sahabatku..
 
Actually, perempuan mengharapkan lelaki yang tidak dikenali dtg melamarnya/merisik direct melalui parents.. kerana itu lebih indah.. kan Hawa :)
 
Nota Hati: jika ia mampu menjaga hati ini aku lebih memilih sebegitu , aku berserah pada-Nya ♥

Friday, 7 September 2012

❤ Kasih Sayang-Nya ❤



 :Bismillah kalam indah pemula bicara:


Pelbagai bentuk ujian Allah di dunia nim, itu tanda kasih sayang-Nya.. Ramadhan masih segar di ingatan, aku rindukan Ramadhan yg beri seribu makna buat aku, Ramadhan lepas aku temui jawapan yg selama ni aku cari, namun Syawal nim aku terus diuji, mungkin syaitan datang mengganggu gugat jawapan yg Allah berikan pada aku.. aku keliru..

Aku.. Allah uji aku ngan satu rasa fitrah :CINTA:  aku kenal cinta & aku masih rasa sakit , namun rasa sakit itu membawa aku kepada Allah. dekat ngan-Nya..

#PENDAM , perkataan itu memang dah sebati ngan aku, aku pernah berteman ngan lelaki, tapi hanya sekadar kawan.. namun, berakhir kerana kata-kata yang bagi aku sebagai sOwg  perempuan terlalu kasar menolak hati sahabatku.. tapi kini aku selalu terjumpa dia.. Rancangan Allah kan..?? but sowy to say no hard feeling to him..

he said "sangat takut melihat air mata yg jatuh kerana dirinya & berusaha buat org Xsuka padanya"... Tapi tika aku bersujud mohon petunjuk dari-Nya, air mata aku menitis, kamu Xmampu buat saya Xsuka pada kamu.. #HAKIKAT!

Aku sedang cuba meletakkan Allah di carta teratas hati aku.. Cukup lah..!! Now, masa depan dan dunia akhirat yg perlu aku fikirkan...

Biarlah aku bercinta ngan cara memendam, sakit sangat namun hikmahnya pasti indah pada akhirnya.. aku taw ada lelaki yg mencintai aku.. namun aku mahu dia mencintai Allah agar dapat membawa aku pada-Nya..

Jika bentuk ujian ini akan membawa aku dekat dengan-Nya...  Aku rela , meski aku penat, meski aku rebah, andai itulah tanda kasih-Nya, aku akan cuba belajar ikhlas..

namun ikhlas itu ibarat surah Al-Ikhlas yang mana kamu Xakan menemuinya di dalam surah itu :)

Wednesday, 22 August 2012

Dakwah-Qu ;)


AssalaMualaikum


4 SyAwAl : PeAce!! JOm berdAkwAh.. heE
Masih mencari redha-Nya.. ya Rabb ;)

Tuesday, 21 August 2012

Lebaran 2012 & Trial STPM :)


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfirti readerS!
Aku rasa tak semua yang ready nak trial exam after raya nim sebab aku sendiri pun belum ready lagi. Arghh .Stress.Haha.

*abaikan*

Tapi tak kisah pun la,yang penting,aku nak minta maaf dekat semua readers blog ni k0t-kOt laa sepanjang saya post entry yang awak-awak tak suka atau buat awak-awak terasa.I hope you'll find a space in my heart to forgive me :'(

<3 SyaWaL>

Firstly, Raya is not about what baju you wear,what's your handbag or shoes brand (the high maintanance..ahha) or the duit raya , it's about learn to forgive and forget :) takde guna nyew simpan dendam kesumat Okayy..!!

Then, Raya ni secara bersederhana lah sebab kita kena ingat jugak saudara-saudara Muslim kita di negara lain yang susah (..Bukan bulan puasa jew Ok..)
Ingat!! Main mercun hati-hati.. Banyak dah kes yang kita Xmau dengar. So, bagi sesiapa yang ada adik kecil., sepupu sepapat kerr., tolong la pantau keyy.. Omputeh cakap, prevention are better than cure. Omlayu cakap pulak, sediakan payung sebelum hujan. Hehe.. ;P

NeXt, gugurLz.. Selamat mengemas rumah!

And.. Jangan makan banyak sangat taW!!!

Bagi yang trail SPM/STPM after raya ni, be ready Okayy..!! ~> Including me.. hew.. Study baik-baik. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua and jangan lupa doakan saya balik! Ahakss..

Lastly.. Lebiu ollss.. Tenkiu sebab support blog nim :)    

p/s: Amboi, ingatkan bdk PMR dgn SPM jew ada exam?? STPM pon ada trial lepas raya, kesian diriku.. hewhew