ღ AssalaMualaikum ღ
Teringat malam tadi termenung sendirian, Hehe : Biarlah mereka keluar dengan bf? Tunang mereka , Saya? Saya tengok langit seorang diri , kira sampai penat bintang di atas sana ^_^ nanti bila penat terlelaplah saya : Apa yang penting sekarang masa hadapan saya , usia muda gunakan sehabis baik cari rezeki yang halal , walau seorang kuli siapa tahu akan datang rezeki saya murah nanti ♥ Dan cuba mengejar ilmu Illahi :) Result STPM keluar Mac ni, tak sabar nak sambung pengajian. . SubhanaAllah, murahkanlah rezekiku untuk berjaya di dunia dan akhirat. Dia menginginkan kami study bersama di UPM, Engkau makbulkanlah permintaannya jika itu yang terbaik buatku dan dirinya :')
Belum ada juga orang yang faham, tahu niat dan tujuan saya mendekatinya ^_^ padahal saya bukan nak berkawan suka-suka dan buang masa saya , sebab saya merangka masa depan dengannya untuk menjadi zaujahnya , bahkan saya tidak main-main , jika benar Dia pemilik tulang rusukku , lindungilah Dia , rahmati dan limpahi kasih sayang-Mu dalam perhubungan kami hingga Jannatul Firdaus. Firdaus* nama syurga yang teragung, dan makna namaku Cahaya Keimanan* Moga Dia mampu menjadi zauj yang terindah juga buatku. InsyaAllah, semuanya dengan Izin-Mu :')
Ya Rabb, permudahkan aku dengan Dia. Istikharah ini aku lakukan dengan penuh pengharapan agar ditunjukkan oleh-Mu untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Aku tak nak tersilap langkah lagi. Sakit Ya Rabb, rasa kehilangan :'( Cukuplah Dia yang terakhir. Setelah solat, aku menyerahkan diriku dengan penuh tawakal. Arah ‘hati’ lebih cenderung kepada Dia setelah berdoa. Ya Rabb, janganlah Engkau menimbulkan lagi keraguan, yakinkanlah hamba bahawa itu adalah pilihan terbaik dari-Mu Yang Maha Kuasa.
Aku redha dan tak kan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Setiap yang berlaku telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, aku percaya dengan kuasa-Mu yang besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan di masa akan datang, dan aku hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah. Kehadiran Dia seperti pelangi, menceriakan hidupku dan mengukir kembali senyumanku :)
Ya Allah, jika Dia dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah kami dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya. Innallaha ma’ana ♥ Izinkan aku menjadi zaujah yang terindah dalam hidup zaujku. Ingin sekali aku, mencintai, menyayangi, menjaganya, merawatnya, memelihara diriku hanya buat Dia semuanya kerana-Mu Ya Rabb :) Janganlah Engkau bawa Dia pergi dari hidup hamba :'(
![]() |
#Dear Allah, I want to take a minute, not to ask anything from you, but simply to say THANKS YOU for all I HAVE :') |
NOTA CINTA Dari Bingkisan Hati Hamba Allah :
Dear Awak,
Awak kata awak sanggup jadi badut dan teddy bear untuk saya. Tapi bukan itu sahaja yang saya mau, saya nak awak jadi IMAM saya, BOLEH???
Saya percaya esok tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini tetapi hari ini boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok :D Saya tak janji untuk buat awak bahagia tapi saya janji akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk hubungan kita :') Kalau awak Sayang Allah, Sayang Rasulullah, Sayang Saya sO Al-Quran jangan ditinggal-tinggalkan yew ^^ Saya sampaikan SALAM RINDU, moga awak akan terus SIHAT SEJAHTERA, dan moga Allah menjaga awak seperti mana Dia menjaga saya.
Bakal Makmum Awak,
Saya ♥
No comments:
Post a Comment