ღ AssalaMualaikum ღ
♥ ♥ Impian Saya ♥ ♥ Cerita langit, untuk awak. . hehe ". .Terukir diiman tak mungkin hilang doaku padamu , hati ini milik Allah Taala, seribu tahun InsyAllah ku nantikan kamu , sayangku jangan kau persoalkan cintaku padamu terukir diiman tak mungkin hilang doaku padamu. ."
Andai ada yang tahu. . Siapa Imam-Qu ? Hanya Allah yang Tahu ♥ "Saya teringin nak jadi makmum awak bersama keluarga awak" * Kadangkala, rasa MALU nak minta macam-macam dengan Allah. . Rasa TIDAK LAYAK, haishhh! Terlalu. . Ya Allah ♥♥
Hargailah Sayang Seseorang Itu , InsyaAllah Bahagia Hidup :) Kalau Saya Dah Sayangkan Awak , Tolong Jangan Sesekali Suruh Saya Lupakan Awak . Bukan Senang Nak Lupakan Orang Yang Kita Sayang :')
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati aku namun hanya dengan memberi kemaafan sahajalah aku akan dapat mengubati hati yang telah terluka. . Melakukan istikharah di malam hari, menguatkan hatiku dan keimananku. . namun pasti ada tangisan yang mengalir :')
Solat ni dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila aku dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik antara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara: Apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. .
![]() |
Saya Rindu Awak Kerana Allah :') |
"Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
Kata - kata ni menjadi semangatku. . syukran awak atas nasihat awak "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Kalau Rindu → Solat → Doakan Yang Terbaik Untuk Dia :')
No comments:
Post a Comment