بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Apabila diri semakin banyak melakukan perubahan ke arah kebaikan , maka semakin banyaklah juga ujian yang datang mencurah-curah menduga hati dan jiwa. . Usahlah bersedih, ujian dan dugaan itu sebenarnya petanda dirimu disayangi-Nya. . Ukirkan senyuman dan bersabarlah :) Memelihara diri buat dirinya. . Betul ke lelaki selalu menganggap wanita merimaskan? Tetapi kalau lelaki boleh fahami wanita , sebenarnya wanita mahukan yang terbaik untuk lelaki yang dia sayang ♥
Di dalam solatku tidak putus putus berdoa agar diberi petunjuk ke jalan yang benar , kadang kala apabila aku ingin jadi lebih baik pasti akan dihujani dugaan yang menjernihkan jiwa. . Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. . Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat Cinta dari Illahi. . Wahai hati tempat jatuhnya pandangan Illahi , teruskanlah meraih cinta Illahi. . Cuba menenangkan diri , lazimnya saya ambil wuduk , pakai kain sembahyang , then tengok cermin. . Merenung diri. . *Beri keinsafan. . Inilah wajahku apabila aku dikapankan kelak ! :')
![]() |
Saya mimpikan awak sbb rindukan awak & Saya berdoa utk awak sbb saya cinta awak |
Ya Rabb , ada baiknya saya diam daripada berkata-kata kerana saya takut bercakap yang bukan sahaja menjadi dosa malah menyakitkan hati orang lain. . Sekarang , kalau saya marah , saya akan pendam sorang-sorang. . Sebab apa? Sebab saya tak nak bergaduh dengan awak. . Sebab apa? Sebab saya sayangkan awak :') Apa salahnya kalau awak text sekali je saya? Sekurang kurangnya saya rasa la juga yang saya ni penting dalam hidup awak. . Sometimes , memujuk hati sendiri. . Mybe dia sibuk. . Tak pe la ;) Hubungan ini juga mendewasakan saya. .
Ketahuilah awak : Perempuan lebih kuat menipu berbanding lelaki. . Buktinya perempuan tetap kata "Okay" walaupun hati mereka terluka dan disakiti. . Saya rasa cam tersisih. . Perempuan kekuatannya ialah kesabaran , kalau kesabaran dia hilang , pasti dia akan marah , dan kalau marah dia pendam , pasti dia akan menangis. . Bukan bererti dia lemah , tapi dia cuba cari kekuatan di sebalik kesedihannya. . Perempuan dan air mata memang macam 'kawan karib' :} Terlalu rindu , sehinggakan air mata ini ingin mengalir :') Tapi , cepat cepat saya tahan :)
Sebelum saya tido dan selepas bangun dari tido mesti saya tengok pic awak. . Saya nak awak selalu di sisi dan awak rasai rindu saya terhadap awak. . Saya selalu baca text kite yang dulu. . Langit takut kehilangan bintang. . Laut takut kehilangan ombak. . Begitu juga dengan diri saya , takut kehilangan awak. . Jika hati adalah istana maka cinta adalah
singgahsana. . Jika ketulusan adalah makhota maka kesetiaan adalah piala yang terindah. . Jika ada hati, jiwailah. . Jika ada jiwa, sayangilah. . Jika ada sayang, cintailah. . Moga kita dipertemukan di dalam doa dan redha Allah :')
Bahagia itu pasti datang kepada mereka yang masih berharap meskipun pernah kecewa , dan kepada mereka yang masih percaya meskipun pernah terluka. . Seperti aku ! Aku berharap diberi laluan kehidupan yang lebih baik dan membahagiakan. . Fitrah seseorang manusia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik. . Bukankah begitu? Jika hadirnya seseorang telah membuat air matamu mengalir. . Ia bererti ALLAH sedang mendidikmu dengan sifat sabar dan redha. . You look cute when you smile, keep smiling :') It's Sunnah !
Hati sedih, Allah tempat mengadu ✔ Hati susah, Allah tempat meminta ✔ Hati gembira, Allah tempat bersyukur ✔
No comments:
Post a Comment