Wednesday, 30 January 2013

Dengan-MU ♥ ♥


ღ AssalaMualaikum ღ
 
 
Jadikan memberi salam itu sebagai amalan. . Bukan sahaja kita doakan orang yang kita beri salam malah ia antara amalan ahli-ahli syurga :) Sebab tu saya nak awak selalu beri salam dan jawab salam setiap kali kite contact :D

Alhamdulillah, hari ni hari yang baik untuk anak Islam. . Kita masih diberi peluang bernafas. . Tanda diri masih banyak dosa yang perlu dipohon keampunan. . Ingat pesan Nabi SAW kita, sebaik-baik zikir & doa ialah dgn menyebut "Alhamdulillah". Syukur masih sihat hari ni :) Kalau nak berubah, jangan asyik tunggu hidayah menyapa , takut mati yang datang menegur dulu , kan rugi nanti Akhirat tak hidu wangian Syurga. .

Bukan sekali diri ni tersungkur , tapi ada saja nikmat Allah bantu aku bangun semula. . Bukan sekali diri mengulang dosa , tapi ada saja ruang untuk kembali pada-Nya. . Istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. . Ujian datang sebagai tanda Cinta Allah terhadap hamba-Nya, Bersabarlah! Ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita akan sabar atau sebaliknya?? Tanya iman kita :'}

Saya bukan Ustazah. . Tapi , saya hanya gadis yang dulu jahil dan ingin kembali ke pangkal jalan. . Permudahkanlah Ya Allah :) Jika wanita solehah yang dicari bukanlah aku orangnya. . Jika wanita berdosa yang kau terjumpa maka akulah insannya. . Saya tak minta nak lelaki yang kaya dengan harta , Cukuplah kaya dengan Akhlak dan hati budi. Itu je saya nak! Tak lebih dan tak kurang. .

Sayang. . Jangan baca lama-lama status saya , jangan tenung lama-lama gambar saya , jangan mencuba membaca blog saya tanpa membaca dari awalnya , jangan sampai memuji melata , jangan sampai terpana kala membaca , jangan juga puji serba tak kena , saya masih seorang hamba Allah yang bersusun dosanya , saya masih belum milik mutlak sesiapa , semoga Allah sama-sama pelihara hati kita ♥ ♥

Ya Allah , aku lahir sebagai Islam , aku diazankan oleh Bapa yang Islam , aku disusukan oleh ibu yang Islam , maka matikanlah aku dengan Islam. . Saya bukan lah baik yang macam awak sangka. . Tapi saya cuba berubah menjadi yang lebih baik untuk mendekatkan diri pada Allah. . InsyaAllah :') Saya ingin memelihara diri saya buat awak. .

Perempuan lebih memerlukan perhatian , sedangkan lelaki pula lebih memerlukan kepercayaan , InsyaAllah akan kekal :D Kalau dia memang jodoh kita , sejauh mana pun dia pergi , dengan siapa pun dia bersama , dia tetap akan datang dan jadi milik kita. . Senyum :) Adam bersama Hawa. . Ibrahim bersama Hajar. . Sulaiman bersama Balqis. . Yusuf bersama Zulaikha. . Muhammad bersama Aisyah. . Saya bersama Awak. Yuhana Firdaus #InsyaAllah :')
 
 
Love someone because of Allah , Allah will make it last forever  
 
Awak, kalau ada yang mengajak berjemaah, jangan tolak. . Rugi besar! Sebab orang yang solat sendiri adalah orang paling banyak masalah di dunia :( Sesungguhnya aku yang menasihati kamu , bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. . Aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. . Kita sama sama saling mengingati yew!

Tak semua perempuan tabah , tak semua lelaki hebat , tapi kalau rajin jaga agama. . InsyaAllah. . Hubungan yang terjalin pun akan terjaga sama. . Ketahuilah awak , mungkin perempuan nampak peramah , ramai kawan lelaki. Tak semestinya , hati dia ada ramai kawan special. . Percayalah! Hanya awak seorang di hati dia :')

Menjadi cinta PERTAMA kepada seseorang adalah suatu yang HEBAT , tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR bagi seseorang adalah jauh lebih SEMPURNA. . Belajarlah mencintai orang yang masih milik awak sebelum dia pergi dari hidup awak, maybe esok tak kan ada lagi cinta buat awak. . Hargailah :') Kebelakangan ni , awak selalu ignored sal saya. . Saya nak awak care sal saya. .

Berjumpa dengan awak adalah satu takdir. . Menjadi kawan awak adalah satu pilihan. . Jatuh cinta pada awak saya tak dapat nak kawal Bukan mudah untuk awak menjaga dan memuaskan hati saya. . Saya faham keadaan awak dengan gaya hidup di kota metropolitan. . Tapi berusahalah sebaik mungkin agar tidak pernah menyakiti hati saya :D
I don't want a perfect relationship. . I just want someone who I can act silly with , someone who treats me well and loves being with me. .
 

Kiri kanan dugaan dan cubaan datang mengetuk pintu keimanan. . semakin itu juga saya bersedia menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab nanti , hati saya kini terikat dengan Muhd Firdaus. . Alhamdulilah , perhubungan ni dapat pelihara diri saya hanya buat awak. . InsyaAllah , jaga diri , jaga iman jaga hati semua ^_^ ♥ ♥

Bila satu hari blog saya lama tidak diupdate, anggap sahaja Tuan punye blog ini berjumpa Allah SWT selamanya. Al-Fatihah. #PesananAwal

No comments:

Post a Comment